27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Faisal Halim, Isteri Sah Bercerai Talak Dua Selepas Enam Tahun Berkahwin

    Shopee Sale

    Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dan isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua, pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Bukan Satu Perjudian, Patut Layan Aku Macam Sampah’ – Isteri Faisal Halim

    Artikel Berkaitan: ‘Hidup Lebih Mudah Bila Kita Sedar Perancangan Allah Lebih Baik’ – Isteri Faisal Halim

    Sah cerai talak dua

    Memetik laporan Mstar, peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor telah mengesahkan lafaz cerai kedua-dua pihak.

    Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali perceraian.

    Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama mereka rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.

    Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini, itu juga mahkamah sudah sahkan.

    Difahamkan, Syazwani kini sedang menjalani tempoh idah sehingga 10 Januari hadapan.

    Sementara itu, Akberdin memaklumkan bahawa perbincangan mengenai hak jagaan anak serta pembahagian harta sepencarian masih berjalan bersama peguam Syazwani.

    Setakat ini, saya sudah menyerahkan cadangan penyelesaian dalam bentuk tulisan berkenaan hak jagaan anak dan harta sepencarian kepada peguam Syazwani.

    Saya dimaklumkan peguamnya akan meniliti terlebih dahulu sebelum masing-masing mencapai kata sepakat. Saya difahamkan mereka menyambut baik cadangan yang kami berikan.

    Pada 2 September lalu, Syazwani dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

    MENARIK:  [VIDEO] Qadejah Dipuji Nampak Aura ‘Businesswoman’, Shahida Titip Pesanan – ‘Jauh Lagi Perjalanan, Banyak Cabaran Perlu Ditempuh’

    Bagaimanapun, pada Khamis, Faisal dan Syazwani memuat naik foto bersama seakan memberi bayangan bahawa hubungan mereka kembali pulih.

    Namun pada 10 November, Syazwani sekali lagi memberi bayangan rumah tangganya sedang bergolak.

    Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

    Sumber: Mstar

    The post Faisal Halim, Isteri Sah Bercerai Talak Dua Selepas Enam Tahun Berkahwin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah