28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chen EXO Bakal Tutup Tirai Jelajah ‘Arcadia’ Di Kuala Lumpur Pada 29 Mac Ini

    Shopee Sale

    Ahli kumpulan K-Pop EXO iaitu Chen bakal bertemu peminat di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah ‘Arcadia’, pada 29 Mac 2026. 

    Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Popular Disiasat Amal S*ks Sejenis

    Artikel Berkaitan: Onew Bakal Terbang Ke Malaysia Julai Ini, Temui Peminat Secara Solo

    Chen EXO datang KL

    Bertempat di Zepp, konsert ini bakal menjadi satu acara yang sangat istimewa kerana Kuala Lumpur merupakan persinggahan terakhir bagi menutup tirai jelajah Chen pada kali ini.

    Selain Malaysia, Chen atau nama lengkapnya Kim Jong-dae turut bertemu peminat di beberapa buah bandar utama dunia termasuk Taipei, Yokohama, Jakarta, Manila, dan Macau.

    Antara lagu yang bakal dipersembahkan merupakan gabungan balada ikonik, lagu-lagu hits solo, serta rangkaian lagu runut bunyi (OST) drama popular ‘Beautiful Goodbye’ dan ‘Best Luck’.

    Kapasiti penonton dihadkan kepada 2,000 orang sahaja bagi menjamin suasana yang lebih intim dan eksklusif.

    Ketua Pegawai Operasi pasukan penganjur iaitu Hans Kim, mengakui teruja membawakan jelajah konsert jelajah ini ke Malaysia. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Bro Kau Ni Biar Betul? Kau Bukan Level T20, Kenapa Tolak Income RM90,000’

    Lebih menarik, para peminat bakal menerima manfaat yang cukup luar biasa. 

    Pihak penganjur telah mengesahkan bahawa kesemua 2,000 penonton akan mendapat peluang keemasan untuk sesi swafoto 1:1 bersama Chen selepas tamat konsert. 

    Selain itu, pemegang tiket VIP juga bakal menikmati sesi ‘sound check’ dan peluang memenangi poster bertandatangan.

    Tiket konsert ditawarkan dalam pelbagai kategori bermula dari RM398 sehingga RM798. 

    Memandangkan jualan tiket telah dibuka sejak Disember lalu dan kini telah mencecah 50% jualan, para peminat digalakkan untuk segera mendapatkan tiket masing-masing sebelum ia habis terjual. 

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan vokal bertaraf dunia CHEN buat kali terakhir dalam siri jelajah ‘Arcadia’ ini pada hari Ahad, 29 Mac 2026, bermula jam 4 petang.

    The post Chen EXO Bakal Tutup Tirai Jelajah ‘Arcadia’ Di Kuala Lumpur Pada 29 Mac Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah