28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Che Sayang Terima Teguran – ‘Saya Bukan Dari Latar Belakang Masakan, Akan Lebih Teliti’

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Che Sayang akhirnya tampil memberikan penjelasan susulan kritikan yang diterima berhubung salah satu video masakan yang dikongsikannya dalam media sosial, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Sayang Dikecam Guna Bahan Ringkas Buat Cottage Pie, Netizen Tampil ‘Back Up’ & Minta Teruskan Berkongsi

    Che Sayang terima teguran

    Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid berkata, dia menerima segala teguran dengan hati terbuka dan menganggap maklum balas netizen sebagai satu bentuk sokongan untuk memperbaiki diri.

    Terima kasih banyak kepada yang dah berikan kata-kata semangat yang positif. Saya sangat hargai sokongan korang.

    Menurut pemilik tagline popular ‘2 Minit 1 Resipi’ itu, dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menghasilkan kandungan berkaitan masakan, meskipun niat asalnya hanyalah untuk berkongsi resipi yang mudah dan praktikal.

    Insya-Allah selepas ini saya akan lebih teliti dalam perkongsian. Tapi matlamat utama tetap nak kongsi sesuatu yang memudahkan orang. Bila dapat tahu ramai yang dapat manfaat daripada perkongsian saya, rasa terharu sangat.

    Dalam masa sama, Che Sayang turut menjelaskan bahawa dirinya bukan datang daripada latar belakang kulinari dan masih dalam proses pembelajaran.

    Saya bukan dari latar belakang masakan. Banyak lagi yang perlu saya belajar dari masa ke masa. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang beri semangat dan juga teguran. Selamat berpuasa semua.

    Terdahulu, tular satu komen daripada seorang pengguna Threads yang mengkritik video masakan Che Sayang dengan mendakwa kandungan tersebut tidak lengkap serta resipi yang dikongsikan tidak begitu jelas.

    MENARIK:  [VIDEO] Datin Patimah Syukur Syamsul Kerap Ke Rumah – ‘Dia Suruh Masak, Mungkin Rindu Sebab Lama Tak Pulang’

    Sumber: Threads

    The post Che Sayang Terima Teguran – ‘Saya Bukan Dari Latar Belakang Masakan, Akan Lebih Teliti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah