27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Bangga Tayang Dalam Live, Saya Perut Besar Pun Usaha Puasa’ – Kieda Crepe

    Shopee Sale

    Usahawan Kieda Crepe tampil membuat teguran ekoran tindakan segelintir umat Islam yang bangga menayang dosa secara terang-terangan.

    Artikel Berkaitan: Perkongsian Bersalin Tanpa Jahitan Jadi Bahan Usikan, Kieda Crepe Berang Netizen Label ‘Karipap Luas’

    Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Bersalin Normal, Tak Ada Jahitan’ – Kakak Kieda Crepe Selamat Timang Bayi Perempuan

    Teguran

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra menegur umat Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan selain dilihat seolah-olah membuka aib sendiri di media sosial.

    Kieda dalam masa sama mempersoalkan soal maruah lelaki dan wanita yang sanggup mempamerkan sikap sedemikian lebih-lebih lagi ketika berada dalam bulan yang penuh keberkatan.

    Tak puasa tak mengapa, itu hak anda. Kadang mungkin sebab sakit atau datang bulan.

    Tapi jangan la seronok tunjuk. Jangan la bangga tayang dalam live.

    Jangan buat live dan rakam muat naik aib video kawan.

    Mana maruah kita sebagai seorang perempuan? Mana maruah kita sebagai lelaki yang akan jadi ketua keluarga?

    Dalam masa yang sama, Kieda mengakui dia berasa berang apabila mengenangkan dirinya yang sedang hamil tetapi masih mampu berpuasa penuh tanpa culas.

    Emosi la. Kita perut besar pun usaha puasa, tak berbuka sampai hari ini sebab sayangkan puasa.

    Bulan Ramadan setahun sebulan saja. Hormat la.

    Imbas kembali, beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan umat Islam tidak berpuasa secara terang-terangan semasa bersiaran langsung.

    MENARIK:  Kelly Azman Nafi Rosakkan Karya Penyanyi Tempatan, Tak Serik Nak Buat ‘Cover’ – ‘Tahun 2025 Ada 14 Buah Lagu Dalam Senarai’

    Hal itu mencetuskan amarah di kalangan netizen yang menyifatkan tindakan golongan seperti itu tidak menghormati bulan Ramadan.

    Sumber: Threads @kiedx_

    The post ‘Jangan Bangga Tayang Dalam Live, Saya Perut Besar Pun Usaha Puasa’ – Kieda Crepe first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah