30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caliph Buskers Terkilan, Ditawar Bayaran Serendah RM500 Untuk Buat Persembahan – ‘Ini Betul, Bukan Cobaan’

    Shopee Sale



    Kumpulan Caliph Buskers berkongsi rasa duka mereka apabila masih berdepan dengan masalah bayaran meskipun sudah sedekad mereka bergelar anak seni.

    Dapat tawaran tak setimpal

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by CALIPH BUSKERS (@caliphbuskersofficial)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Caliph Busker memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan tawaran bayaran segelintir penganjur diberikan kepada mereka.

    Dapat dilihat, ada yang pernah menawarkan mereka dengan harga serendah RM500 bagi satu persembahan.

    Ujar mereka dalam nada terkilan, harga yang ditawarkan adalah tidak setimpal memandangkan wang tersebut akan digunakan untuk memenuhi setiap keperluan persembahan sebelum bayaran itu dibahagikan sesama anggota kumpulan.

    Ya! Ini betul-betul, bukan cobaan. Ini cuma sebahagiannya.

    Satu dekad melalui jalan ini, kami tak pernah letak harga melampaui keperluan.

    Ada kalkulatornya termasuk untuk pengangkutan, tenaga kerja, latihan dan juga segala kos yang perlu.

    Setelah selesai dan dibahagi sesama kami, sama sekali tidak menjadikan kami mampu hidup bermewah.

    Cukup saja untuk kelangsungan hidup.

    Terima bayaran sama seperti pendatang baharu

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by CALIPH BUSKERS (@caliphbuskersofficial)

    Dalam pada itu, kumpulan yang dibarisi Azmi Saat, Nirwan dan Zaki ini memaklumkan bahawa mereka tidak pernah meminta untuk dilayan seperti VIP namun hanya berharap agar bakat mereka dapat dihargai dengan adil oleh semua pihak.

    Mungkin mereka tak tahu, apa kami terima selalunya masih dibawah bayaran yang diberi kepada mereka yang baru menapak dalam industri.

    Kami bukan minta bulan dan bintang mahupun layanan kelas VIP. Namun ada juga melabelkan harga kami tinggi.

    Tetapi cukuplah kalau seni kami dihargai sewajarnya.

    Kerana dari situlah, kami menafkahi diri dan tanggungan.

    Di akhir perkongsian, Caliph Buskers berharap agar pihak penganjur membuka mata mengenai isu ini serta menghargai keikhlasan mereka dalam berkarya.

    Setiap melodi kami mainkan dan setiap lirik kami nyanyikan datang bersama semangat dan keikhlasan.

    Disertai usaha yang tak pernah putus meskipun dibatasi kekangan kami miliki. Kami langgar batas keterbatasan demi menjalani kehidupan.

    Apa kami harapkan hanyalah sebuah penghargaan yang jujur dan adil terhadap usaha dan seni yang dibawa kerana di sebalik perjalanan kami, ada perjalanan tidak ramai sanggup tempuh.

    MENARIK:  Rebut Waktu Mustajab! Ini 29 Doa Pendek Yang Boleh Dibaca Sebelum Berbuka Puasa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah