Selepas kejayaan luar biasa Konsert GenKRU pada Mei 2025, KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records – ‘Pencapaian Ini Sebuah Apresiasi Buat Peminat’
Artikel Berkaitan: Konsert GenKRU Tambah Hari Lagi! – ‘Kami Buat Untuk Peminat’
KRUstar Kruise Showcase

KRU bakal tampil dengan Star KRUise Showcase dengan sokongan daripada SUKA Cruise, StarDream Cruise dan Sony Music Malaysia.
Star KRUise Showcase ini bakal membawa KRU dan peminat berlayar bersama di atas kapal mewah Star Voyager Cruise (SVO) selama 5 hari 4 malam.
Pelayaran ini akan berlangsung dari 25 sehingga 29 Januari depan, perlepasan dari Singapura manakala bagi tarikh 26 sehingga 30 Januari depan perlepasan dari Port Klang, Malaysia.
Pelayaran ini menjanjikan lebih daripada sekadar kemewahan di mana peminat bakal menikmati pengalaman eksklusif sebagai tetamu VVIP KRU dan menyaksikan persembahan istimewa mereka di tengah lautan sambil menikmati hiburan, sajian antarabangsa serta kemudahan bertaraf dunia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SUKA Travel & Tours Sdn. Bhd iaitu Adam Kamal, penganjuran ini adalah manifestasi komitmen syarikat untuk terus memberi pengalaman unik kepada peminat.
Kami sentiasa mencari kelainan untuk memberi kepuasan dan pengalaman berbeza, bukan hanya kepada peminat, tetapi juga kepada artis yang kami bawa.
Selepas kejayaan penganjuran konsert GenKRU, kami mahu mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa, maka lahirlah idea Star KRUise Showcase, persembahan epik di atas lautan yang memadankan kehebatan KRU dengan kemewahan pelayaran bertaraf antarabangsa.
Selain itu, kumpulan yang dianggotai Norman, Edry dan Datuk Yusry Abdul Halim meluahkan rasa teruja apabila terlibat dalam pengalaman pelayaran ini yang dianggap sebagai mercu tanda sejarah dalam industri hiburan Nusantara.
Kami amat teruja untuk membuat persembahan di atas kapal persiaran buat pertama kali dalam kerjaya kami. STAR KRUISE SHOWCASE di atas STAR VOYAGER CRUISE yang merentasi Singapura, Malaysia dan Thailand menjanjikan pengalaman yang cukup unik dan bermakna.
Persembahan ini direka khas untuk mencipta suasana yang lebih dekat dan peribadi bersama peminat, jauh berbeza daripada konsert berskala besar. Kami ingin peminat merasai kehangatan dan keikhlasan setiap lagu yang disampaikan, dalam suasana yang lebih santai dan eksklusif.
Lebih daripada itu, kami sangat menantikan peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama peminat sepanjang pelayaran ini. Ia bukan sekadar persembahan, tetapi satu perjalanan penuh kenangan yang akan kami kongsi bersama.
Tambah Norman, penglibatan dalam Star KRUise Showcase ini bukan atas tujuan mencari populariti namun menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat KRU.
Kami tidak melakukan Star KRUise Showcase untuk mencari populariti, tetapi untuk memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza kepada peminat.
Persembahan di atas kapal mewah yang berlayar dari Singapura, Malaysia dan Thailand ini akan memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama kami dalam pelayaran bersejarah ini.
Jangan lepaskan peluang berlayar bersama legenda dan menjadi sebahagian daripada sejarah STAR KRUise Showcase, Januari 2026 ini. Tempat adalah terhad.
Untuk tempahan, peminat boleh menghubungi agen-agen SUKA Cruise yang terpilih.
AGEN PLATINUM
- 365 Travel & Tours Sdn Bhd: 012-390 3560, 019-6002553
- Afrina Batrisyia Travel & Tour Sdn Bhd: 017-466 5699,012-341 1786
- Dazzle Travel Sdn Bhd: 012-316 4401, 016-312 8471
- Flywind Holidays Sdn Bhd: 017-541 2350
- Prima One Holidays & Tours Sdn Bhd: 013 – 248 8719
- Prides Tour Sdn Bhd: 010-468 0708, 019 – 269 2918
- Wani Don Holidays Sdn Bhd: 013 – 775 6995
AGEN GOLD
- AVS Travel Sdn Bhd: 010 – 2929 383, 010 – 357 9729
- Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd: 011 – 1162 4414
- NUH Travel & Tours Sdn Bhd: 018 – 247 5124, +60 19 – 617 4211
- Inter-Continental Travel Centre Sdn Bhd: 012 – 887 1095
- NMDA Holidays Sdn Bhd: 011- 5757 1490, 019 – 212 2379
- Tripfez Travel & Tours Sdn Bhd: 018 – 292 9973, 011 – 3730 0917
The post KRU Bakal Tampil Dengan Star KRUise Showcase, Berlayar Atas Kapal Mewah Bersama Peminat first appeared on OHBULAN!.





