
Bayangkan korang dah simpan duit bertahun-tahun untuk beli rumah, bayar deposit kereta atau rancang nak kahwin. Tapi bila satu bil hospital datang secara tiba-tiba, semua habis dalam masa seminggu je.
Bunyi macam mimpi ngeri, tapi ini realiti yang ramai hadapi. Dalam dunia yang tak menentu ni, apa pun boleh jadi dan kalau korang tak bersedia dari awal, mungkin terpaksa bayar harga yang tinggi.
Sebab tu lah penting untuk kita sediakan payung sebelum hujan dengan PruBSN Asas360. Ada perlindungan takaful perubatan dan macam-macam lagi.
Perlindungan menyeluruh sejak lahir hingga hari tua dengan PruBSN Asas360

PruBSN Asas360 adalah penyelesaian takaful holistik 360 darjah yang direka khas untuk semua peringkat kehidupan, termasuk dari dalam perut ibu sampai la ke peringkat usia 100 tahun.
Dengan pilihan manfaat yang fleksibel, korang boleh sesuaikan perlindungan ikut keperluan sendiri. Nak perlindungan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan atau perlindungan kewangan? Semua boleh!
Mulakan perlindungan seawal 13 minggu kehamilan!

Dapatkan perlindungan awal sebelum muncul penyakit-penyakit yang mungkin boleh jejaskan peluang untuk dapatkan takaful.
Dengan rider Baby TotalCare, bayi boleh dapatkan perlindungan unik dari usia 13 minggu kehamilan. Ia cover keadaan kongenital, gangguan perkembangan dan pelbagai komplikasi lain. Jadi, ibu-ibu mengandung boleh tarik nafas lega sebab baby pun dah dilindungi dari awal.
Bukan anak je dilindungi, ibu pon dilindungi dengan manfaat komplikasi kehamilan, emergency c-zer untuk kelahiran awal, malah kesihatan mental ketika mengandung dan selepas bersalin pon kita cover.
Fleksibel & Boleh Diubahsuai – Ikut Citarasa Korang

Nak customize pelan korang? No problem! Ada lebih 20 manfaat pilihan yang korang boleh pilih. Semuanya di tangan korang mengikut kehendak perlindungan dan budget korang! Sambil dilindungi, korang juga boleh membuat pelaburan untuk mendapatkan potensi pulangan dan peningkatan nilai tunai.

Pelan PruBSN Asas360 ni korang boleh pilih tau nak cover lama mana. 20 tahun? Sampai umur 60? 70? Hah! Sampai umur 100 tahun pon boleh! Korang nak hidup lama mestilah nak sihat sampai tua kan?
Antara perlindungan takaful yang penting sehingga ke usia tua ialah pelan perubatan dan korang boleh pilih Health360 dalam PruBSN Asas360.
Dapatkan perlindungan perubatan menyeluruh dengan Health360!
Perlindungan Perubatan Tanpa Had:
- Tanpa Had Tahunan & Tanpa Had Seumur Hidup, dengan perlindungan hingga RM5 juta.
Pilihan Bayaran Fleksibel:
Sesuaikan pelan anda dengan pilihan bayaran bersama:
- Deductibel: RM500 / RM1,000 / RM3,000
- Co-takaful: minimum RM1,000
- High Deductible: hingga RM50,000
Ganjaran Sihat:
- Dapatkan Bonus Smart Value Point jika tiada tuntutan dalam 2 tahun.
Perlindungan Luas:
- Termasuk rawatan penyakit serius, kemalangan, kanser dan kesihatan mental.
Lindungi Usia Emas:
- Pilihan Health Retirement dengan auto-switch tanpa semakan kesihatan semula.
Ada Bonus Kasih & Layak Untuk Pelepasan Cukai!
Satu lagi yang best ialah Bonus Kasih dalam PruBSN Asas360! Korang akan dapat bonus tunai setiap 10 tahun sebanyak 1% daripada jumlah perlindungan asas. Duit tu bolehlah bantu korang untuk mempertingkatkan nilai pelaburan. Macam dapat ‘angpau’ tiap 10 tahun, siapa tak suka kan?Kalau korang ambil PruBSN Asas360, korang juga boleh tuntut pelepasan cukai berkaitan insurans, tertakluk kepada terma dan syarat LHDN. Haa.. win-win!
Bonus Tambahan Untuk Korang Yang Sign-Up Sekarang!
Berita baik! Daripada 10 Mei hingga 31 Mei 2025, pelanggan yang menyertai pelan PruBSN Asas360 dan memenuhi syarat tertentu berpeluang menerima ganjaran tunai eksklusif melalui Kempen Health360 Cashback.
Pastikan permohonan korang diluluskan sebelum 15 Jun 2025, tiada sumbangan tertunggak dan pembayaran dibuat secara berulang melalui Kad Kredit/Debit atau Debit Terus.Kekalkan kaedah pembayaran tersebut hingga 31 Disember 2025 untuk layak menikmati ganjaran ni. Jangan lepaskan peluang – lindungi masa depan sambil nikmati pulangan tunai! Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai kempen.
Jadi, Tunggu Apa Lagi?
Jom dapatkan PruBSN Asas360 untuk jadi pelindung diri dan keluarga korang. Dari dalam kandungan hingga ke usia emas, korang akan dilindungi sepenuhnya. Tak ke tenang rasa hati tu?
Nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Aas360? Korang boleh layari laman web rasmi PruBSN sekarang atau hubungi perunding takaful PruBSN yang dilantik.
Dapatkan perlindungan PruBSN Asas360 hari ini, untuk hari esok yang lebih terjamin!
The post Bukan Sekadar Takaful Biasa – Ini Perlindungan 360 Darjah Untuk Kesejahteran Yang Lebih Terjamin first appeared on OHBULAN!.





