27 September lalu akses awal BUDI95 diberikan kepada lebih 300,000 anggota polis dan tentera.
“Kami amat bersyukur kerana kerajaan memberi keutamaan kepada anggota polis dan tentera.
Penurunan harga ini membantu meringankan beban harian kami, terutamanya yang banyak bergerak menjalankan tugas,” ujar Sjn Roshila Binti Mohamad Arshad, anggota Polis Diraja Malaysia (
Sehari selepas itu, giliran penerima STR pula menikmatinya sebelum program ini dibuka sepenuhnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah mulai 30 September.
3 Langkah Mudah – MyKad → Isi → RM1.99

- Sentuh MyKad
- Masa nak isi minyak, korang cuma perlu verify MyKad kat pam minyak atau kaunter.
- Boleh juga guna aplikasi digital macam Touch ‘n Go eWallet, Setel (Petronas) atau CaltexGO.
- Isi minyak
- Lepas MyKad berjaya disahkan, terus boleh isi minyak macam biasa.
- Jangan risau, harga automatik dikira pada RM1.99 seliter (untuk rakyat Malaysia dengan lesen sah).
- Nikmati harga subsidi!
- Dah selesai! Korang dapat nikmati harga rendah tanpa perlu daftar apa-apa pun.
Proses di stesen minyak juga sangat mudah. Pada mulanya saya sangka harga RM1.99 akan dipaparkan di pam selepas MyKad dimasukkan.
Rupanya, pam tetap tunjuk harga pasaran semasa RM2.05 (tanpa subsidi BUDI). Tetapi selepas selesai mengisi, jumlah sebenar yang perlu dibayar akan lebih rendah. Kita boleh nampak potongan subsidi itu pada resit yang dikeluarkan,” kata L/kpl Mohamad Zulhafifi, anggota PDRM
Pastikan MyKad & Lesen Korang Ready

- Semua rakyat Malaysia yang ada lesen memandu sah.
- Umur 16 tahun ke atas.
- Tak kira gaji berapa atau kerja apa, semua orang layak secara automatik.
- Had subsidi: 300 liter sebulan (lebih 99% pemandu Malaysia guna kurang dari ni, jadi memang cukup!).
- Pemandu e-hailing boleh mohon kuota lebih.
Pastikan IC & Lesen Korang Ready

Pastikan cip MyKad berfungsi. Kalau korang pernah tebus SARA/STR sebelum ni guna MyKad, maknanya kad tu okay.
Pastikan juga lesen memandu korang masih sah dan tak tamat tempoh.
Kalau MyKad rosak atau lesen dah mati, cepat-cepat renew supaya tak ada masalah nanti.
Senang kan? Hanya 3 langkah je – MyKad → Isi → RM1.99. Dengan cara ni, tak ada rakyat Malaysia yang tercicir daripada nikmati subsidi minyak baru ni.
#BudiMadaniRON95 #ManfaatRakyat
The post BUDI95: Anggota PDRM Luah Kesyukuran, Rakyat Sama-sama Nikmati Harga RM1.99 Seliter first appeared on OHBULAN!.





