30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Buat Apa Nak Meratapi? Ada Masalah Lari Rumah’ – Adik Dr Afifah

    Shopee Sale

    Semenjak konflik rumah tangga tercetus, setiap hantaran dan perkongsian penyanyi Nubhan serta isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di media sosial sering mendapat perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Setiap Langkah & Keputusan, Semua Demi Anak-Anak’ – Dr Afifah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Mungkin Dr Afifah Tak Tahu Mengapa Perceraian Itu Berlaku’ – Nubhan

    Demi anak-anak

    Menerusi perkongsian di Threads, Afifah memuat naik foto bersama salah seorang anaknya dan mereka dilihat sedang membaca sebuah buku.

    Pada ruangan kapsyen, Afifah mengingatkan bahawa setiap penulisan dan tindakan ibu bapa boleh memberi impak kepada anak-anak.

    Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik.

    Ibu bapa cerminan buat anak-anak.

    Respon adik

    Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mendapat perhatian seorang individu yang dipercayai adik kepada Afifah iaitu Zaim Tawfek.

    Menerusi komen yang ditinggalkan, Zaim meluahkan rasa kecewa dengan sikap Nubhan dan menasihati Afifah supaya tidak lagi berduka dengan tindakan suaminya itu.

    Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    MENARIK:  Farid Kamil: 'Diana Menerima Barang Kemas Yang Saya Berikan' - [VIDEO]

    Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.

    Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.

    Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

    Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    Sumber: Threads Dr Afifah

    The post ‘Buat Apa Nak Meratapi? Ada Masalah Lari Rumah’ – Adik Dr Afifah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah