29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gaya ‘Catwalk’ Anak Linda Jasmine & Que Haidar Raih Pujian – ‘Saya Tak Hantar Ke Mana-Mana Pun, Dia Pandai Sendiri Je’

    Shopee Sale



    catwalk ratu

    Anak kepada pasangan selebriti Linda Jasmine dan Que Haidar iaitu Tengku Ratu Haidar mendapat perhatian warganet dengan kecantikan rupa parasnya.

    Ratu Catwalk

    catwalk ratu

    Menerusi video yang dimuat naik oleh Linda di TikTok, kelihatan anak gadisnya itu sedang ‘catwalk’ dengan mengenakan pakaian daripada pereka fesyen tempatan iaitu Hatta Dolmat.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan yang dimiliki oleh anak kepada aktor versatil tersebut.

    Gabungan Linda dan Que memang dua-dua rupa paras yang cantik. Dapat anak pun meletop betul cantiknya.

    Cantiknya Ratu macam mummy Linda.

    Muka dia international.

    Ada vibe Avril Lavigne, cantik gila!

    Tinggi macam mak dia.

    Dalam pada itu, Linda memaklumkan kepada pengikutnya bahawa bakat puteri sulungnya itu diasah sendiri malah dia tidak pernah menghadiri ke mana-mana kelas modeling.

    Saya tak hantar dia kemana-mana pun, dia pandai-pandai sendiri je.

    Bagaimanapun tinjauan mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh Linda.

    MENARIK:  Rancang Tempat Lain & Tak Tahan Lapar Antara Alasan Tertuduh Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

    Sekadar info, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ratu dan Cleopatra.

    Untuk rekod, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Qalif Khan, 24, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah