Seorang individu tampil berkongsi sisi baik usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sebagai seorang majikan yang sehingga kini tidak pernah dilupakannya.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Pesan Lelaki Jangan Risau Kahwini Wanita Tak Pandai Masak – ‘Saya Testimoni, Tapi Sekarang Macam Chef’
Artikel Berkaitan: ‘Tiket Haji Percuma, Pakej Khemah Vip’ – Ejen Berterima Kasih Kepada Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina
Majikan yang baik
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dikenali sebagai Syafiza dipercayai merupakan bekas pekerja kepada Hafiz Mahamad.
Menurut individu berkenaan, dia menyifatkan Hafiz sebagai seorang majikan yang sentiasa mengutamakan keluarga berbanding urusan kerja sekali gus meletakkan kebajikan orang di sekelilingnya sebagai keutamaan.
Hafiz Mahamad seorang majikan yang tak pernah buat stafnya memilih antara kerja dan keluarga.
Macam mana saya tahu? Sebab saya pernah berada di tempat itu.
Waktu mak saya terlantar sakit, tak pernah sekali pun saya rasa bersalah atau ditekan. Yang ada cuma “pergilah, keluarga lebih penting.”
Tambahnya, Hafiz tidak hanya menzahirkan ucapan takziah selepas pemergian ibunya malah turut menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga.
Dalam pada itu, individu terbabit akui tidak akan pernah melupakan segala kebaikan yang dilakukan Hafiz sekali gus mendoakan agar setiap jasa itu dibalas dengan kebaikan.
Dan pada hari mak kembali ke rahmatullah, dia bukan sekadar mengucapkan takziah. Dia juga menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga kami untuk meringankan beban pada antara hari paling sukar dalam hidup kami.
Hari ini saya bukan lagi stafnya. Tapi ada kebaikan yang takkan pernah saya lupa.
Semoga Allah membalas segala kebaikan.
Sumber: Threads @syaronaa_
The post Bekas Pekerja Dedah Sisi Hafiz Mahamad – ‘Tak Pernah Buat Staf Pilih Antara Kerja & Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.





