Seorang bekas pekerja kepada bekas suami usahawan, Syida Melvin, Mohamad Syafiq Azim Shaheen tampil mendedahkan sikap lelaki itu yang didakwa sering memberikan tekanan mental kepada pekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Pun Dah Tak Kisah Dia Tunjuk Perangai Sendiri Depan Mereka’ – Syifa Melvin
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Cakap Adik-Beradik Tak Payah Masuk Campur, Kau Boleh Diam!’ – Syifa Melvin
Bekas pekerja
View on Threads
Menerusi muat naik di Threads, individu dikenali Amirah Syera berkongsi tangkap layar dipercayai perbualan terakhir bersama Syafiq sebelum berhenti berkhidmat di syarikat milik lelaki itu.
Menurut dakwaannya, Syafiq sering melewatkan pembayaran gaji pekerja, selain didakwa gemar mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pekerjanya.
Aku kongsi perbualan terakhir sebelum aku cabut dari dia! Kongsi sebab nak bagi kesedaran untuk orang lain kalau dapat bos jenis narsisis ni tolong lah jangan tunggu lama-lama! Mental.
Selama ini dia asyik tahan gaji pekerja sebab dia ingat dia ‘Tuhan’ kut. Dia fikir kalau orang berhenti, tiada pekerjaan dan duit tu boleh dapat dari dia sahaja, dia kena ingat rezeki Allah tu luas.
Syera turut mendakwa bahawa meskipun dirinya berjaya menjana jualan mencecah ratusan ribu ringgit, Syafiq tidak pernah menghargai mahupun mengucapkan terima kasih atas usaha pekerjanya.
Malah, Syafiq juga didakwa pernah menganggap kakitangannya sebagai pengemis.
Aku yang cari sales, bukan seribu tetapi ratusan ribu. Terima kasih pun tiada lagi di ‘bodoh’ dan di hamunnya aku.
Dia selalu cakap kalau berhenti bersepah lagi orang nak kerja dengan dia dan dalam kepala otak dia, pekerja adalah pengemis.
Dia siap cakap dekat staf kalau ada orang boleh bagi gaji aku macam dia bagi, dia nak bagi bonus dekat staf tu sebab dia sorang je boleh bagi gaji banyak tu dekat aku.
Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir ke kediaman berkenaan bagi meminta Syafiq keluar dari rumah yang pernah didiami mereka sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Syafiq beberapa kali dilihat mempertahankan dirinya ketika berdepan situasi tersebut, malah turut melakukan perkara di luar jangkaan seperti bergelak ketawa, menikmati makanan dan menyapu rumah.
Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.
Sumber: Threads
The post Bekas Pekerja Dedah Sikap Bekas Suami Syida Melvin, Dakwa Staf Diberi Tekanan Mental – ‘Tahan Gaji, Anggap Pekerja Pengemis’ first appeared on OHBULAN!.





