28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Baru Tahu Pendosa Tidak Boleh Minta Doa’ – Nadia Brian

    Shopee Sale

    Pelakon, Nadia Brian terkilan apabila dikecam warganet gara-gara meminta seorang lelaki sempurna untuk dijadikan teman hidupnya di media sosial, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Nadia Brian Mahu Hidup Berpasangan – ‘Nak Anak & Bahagia Berumah Tangga Hingga Hujung Nyawa’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Digelar Ahli Neraka’ – Nadia Brian

    ‘Di hari Arafah ni…’

    Pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, memuat naik satu hantaran di Threads memohon kepada Tuhan agar doa orang yang teraniaya sepertinya diangkat pada hari Arafah ini.

    Kata Nadia, dia hanya menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

    Cakap lah lagi, beri kecaman lagi, kutuk lah lagi, fitnah lah lagi. Tidak mengapa, alhamdulillah.

    Di hari baik ni, semoga doa yang dianiaya diangkat terus oleh Allah SWT.

    Baru tahu ahli-ahli syurga yang memberikan kecaman tu ahli syurga yang confirm masuk syurga.

    Saya baru tahu pendosa tidak boleh minta doa, yang boleh minta doa ahli-ahli syurga yang suka memberikan kecaman, fitnah, kutukan pada saya.

    Sebelum ini, Nadia memuat naik satu hantaran di media sosial mencari seorang lelaki idaman.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’

    Aktres itu bertanya kepada orang ramai tidak wujudkah lelaki sempurna yang boleh memenuhi kriterianya.

    Bagaimanapun, hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada warganet dan ia menjadi lebih teruk apabila mereka mula merendahkan selebriti tersebut.

    Sumber: Threads

    The post ‘Baru Tahu Pendosa Tidak Boleh Minta Doa’ – Nadia Brian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah