26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Zayn Rayyan Rayu Dana Daripada Orang Ramai Demi Tampung Kos Perbicaraan Mahkamah

    Shopee Sale

    Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari tampil merayu bantuan kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi menampung kos perbicaraannya dan isteri, Ismanira Abdul Manaf di peringkat Mahkamah Tinggi.

    Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan: Bapa Dilepas & Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri

    Artikel Berkaitan: ‘Zayn Rayyan Meninggal Dunia Akibat Dijerut’ – Pakar Forensik

    Rayuan sumbangan kos

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Zaim memaklumkan bahawa mereka sudah membelanjankan sebanyak RM200,000 untuk kos guaman dan urusan mahkamah sejak kes pertuduhan bermula di Mahkamah Seksyen.

    Saya Zaim Ikhwan Zahari dengan rendah hati ingin merayu dan memohon jasa baik serta keprihatinan daripada saudara mara, rakan-rakan dan orang ramai untuk membantu saya dan isteri Ismanira Abdul Manaf dalam menampung kos di Mahkamah Tinggi.

    Sejak dari pertuduhan di Mahkamah Seksyen, kami telah berhabisan lebih kurang RM200,000 untuk kegunaan di mahkamah sahaja.

    Kini, kami memerlukan lebih kurang RM65,000 lagi untuk menampung kos di Mahkamah Tinggi pula.

    Menurut Zaim, kos yang perlu ditanggungnya pada ketika ini sangat tinggi dan di luar kemampuannya.

    Saya merayu orang ramai untuk membantu menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan

    Terdahulu, Zaim kekal dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan Zayn sehingga menyebabkan kecerderaan fizikal kepada anaknya itu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin

    Bagaimanapun, Ismanira kekal dipenjara selepas permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun ditolak Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Disember lalu.

    Sebelum ini, kes kes kanak-kanak autistik Zayn Rayyan mendapat perhatian ramai selepas dia ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.

    Sumber: Threads

    The post Bapa Zayn Rayyan Rayu Dana Daripada Orang Ramai Demi Tampung Kos Perbicaraan Mahkamah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah