Pelakon, Ozlynn Wati mengakui suatu ketika dahulu dia gemar mengumpul beg tangan berjenama mewah kerana minat yang mendalam terhadap koleksi tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Pakai Tudung Bukan Untuk Sesiapa Tapi Kerana Allah’ – Ozlynn
Artikel Berkaitan: ‘Ujian Awal Perkahwinan, Pernah Dihalau & Dibaling Makanan’ – Ozlynn
Beli bukan untuk tontonan umum

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan pandangan bahawa dia tidak dapat menerima justifikasi pembelian beg tangan yang mencecah harga ribuan ringgit kerana beranggapan beg yang lebih murah juga mampu kelihatan cantik dan bergaya.
Saya memang tak faham orang yang beli handbag harga RM10K, RM20K atau lebih.
Sebab bagi saya, handbag murah pun cantik dah.
Yang mahal tak semestinya buat kita nampak lebih bergaya, yang murah tak semestinya nampak murah.
Yang orang nampak adalah cara kita bawa diri, bukan harga yang tergantung di bahu.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian pemilik nama Rozlinawaty Ismail, 45, yang menjelaskan koleksi beg tangannya tidak pernah dipamerkan untuk tontonan umum dan hanya diketahui oleh beberapa rakan rapat.
Tambah Ozlynn lagi, ada antara koleksi tersebut yang dipinjamkan kepada rakan untuk digunakan ketika menghadiri majlis tertentu.
Saya beli handbag mahal sebab saya suka.
Saya akan pilih warna yang mahal dan susah nak dapat, limited edition.
Tapi saya pakai bukan untuk tontonan umun.
Hanya ada beberapa kawan sahaja yang tahu saya ada koleksi handbag itu.
Kadang-kadang kawan nak pinjam untuk pergi event pun saya bagi.
Dalam masa sama, aktres filem ‘Libang Libu’ itu mengakui kini dia lebih banyak memikirkan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul di akhirat.
Tapi sekarang bila tengok koleksi handbag, apa saya nak jawab dengan Allah nanti.
Di samping itu, Ozlynn enggan menjual semula pakaian yang tidak menepati syariat kerana bimbang ia menjadi saham di akhirat kelak jika dipakai oleh orang lain.
Baju mahal yang labuh tapi ikut bentuk tubuh pun saya tak akan jual semula.
Biar saya rugi di dunia.
Takut orang beli dan pakai, itu jadi saham saya di akhirat nanti.
Handbag mungkin ada yang saya nak jual.
Sekarang saya suka simple life, tenang.
Sumber: Threads
The post ‘Baju Ikut Bentuk Tubuh Saya Tak Akan Jual Semula, Takut Jadi Saham Akhirat’ – Ozlynn Wati first appeared on OHBULAN!.





