Penyanyi Baby Shima kembali mewarnai dunia muzik dengan mempertaruhkan karya baharunya yang bertajuk ‘Bey Kelik Laa Bey’.
Artikel Berkaitan: ‘Saman Bukan Nak Makan Duit Tapi Ajar Tak Ulang Kesilapan’ – Baby Shima Tegur Netizen Salahkan Kerajaan
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Salahkan Baby Shima Ada Lelaki Gila S*ks Serang Dia’
Dialek negeri Pantai Timur

Memberi kelainan buat peminat, Baby Shima buat julung kalinya mempertaruhkan lagu dialek Kelantan sepenuhnya menerusi single terbaharu ini.
Single tersebut dihasilkan oleh komposer tersohor Eddie Hamid, manakala penulisan lirik pula merupakan hasil kolaborasi kreatif daripada Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha.
Menurut Baby Shima, idea untuk menghasilkan lagu berdialek negeri Pantai Timur itu tercetus daripada permintaan daripada para peminat yang sering meninggalkan komen di platform media sosialnya.
Sebenarnya ceritanya sangat ringkas. Ramai orang Kelantan selalu tinggalkan komen, ‘Shima, cuba la nyanyi lagu Kelate sikit!’.
Lama-kelamaan saya pun terpengaruh. Dialek Kelantan pun mempunyai keunikan tersendiri di mana, walaupun orang marah pun bunyinya tetap comel.
Katanya, dia mengambil masa lebih daripada seminggu untuk menjalani latihan intensif bagi memastikan sebutan dialek Kelantan disampaikan dengan tepat dan meyakinkan.
Kadang-kadang bila menyanyi, terkeluar juga loghat Semenanjung, jadi rasa tak sedaplah.
Semasa sesi rakaman pun, ada masa saya tersasul, terutama bila lapar.
Tapi bila makan budu, terus elok balik dialek Kelantan saya itu.
Selain itu, proses pembikinan lagu ini turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada Eddie Hamid.
Mengulas lebih lanjut, Baby Shima menyifatkan kerjasama bersama komposer tersebut sebagai satu pengalaman yang unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Ujarnya, Eddie merupakan individu yang sangat santai, tenang dan tidak pernah meninggikan suara serta sentiasa memberikan layanan yang baik sepanjang proses produksi berjalan.
Dalam studio, dialah cikgu dan saya pula murid yang suka buat lawak.
Dia ajar saya daripada sebutan sehinggalah kepada panduan vokal.
Walaupun sering tersalah sebutan dan ketawa sebelum merakam semula, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.
Abang Eddie memang jenis yang sangat penyabar. Mungkin sebab dia sudah ‘immune’ dengan perangai saya.
Lagu ‘Bey Kelik Laa Bey’ mengisahkan kekecewaan seorang wanita yang dikhianati kekasihnya dan meluahkan rasa rindu terhadap insan yang pernah memberinya janji manis sebelum ditinggalkan, sambil merayu agar cinta itu kembali menyinari.
Single ini diterbitkan oleh Kijang Music dan diedarkan oleh Nova Music. Ia boleh didengari di semua platform penstriman muzik mulai 31 Disember 2025, tepat pada ambang tahun baharu.
Manakala video muzik rasmi lagu ini ditayangkan buat pertama kali di saluran YouTube Kijang Music pada hari yang sama, jam 8.00 malam ini.
The post Baby Shima Lancar Single Sulung Dalam Dialek Kelantan, ‘Bey Kelik Laa Bey’ first appeared on OHBULAN!.





