28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri Kedua Didakwa Tiru Tempat Percutian Isteri Pertama, Abang Tesla Tampil Bersuara

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Abang Tesla tampil mempertahankan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi berhubung isu percutian ke destinasi yang sama dengan isteri pertamanya namun pada waktu berberlainan.

    Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Sudah Hilang Sabar Dengan Perangai Madu? – ‘Aku Tak Mandul, Kau Ganggu Proses IVF & Menghina Aku’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’

    Penjelasan Abang Tesla

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Mohammad Khaliltizam Yusri menjelaskan perkara itu sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana dia yang membenarkan kedua-dua isterinya melancong ke negara China.

    Saya bagi isteri saya berjalan di China dan sekarang timbul isu yang isteri (kedua) saya pergi China buat PS (personal shopper).

    Kenapa nak timbulkan isu? Bila dia duduk diam, orang pertikai sebab duduk rumah goyang kaki. Jadi saya ajar dia buat PS cari duit.

    Saya sudah lama tidak buka cerita tentang apa-apa.

    Kata Abang Tesla, dia tidak menghalang para isterinya untuk keluar berjalan, asalkan mereka memaklumkan dan meminta izinnya terlebih dahulu.

    Pada tahun ini saya nak fokus pada kedai saya dan ada target yang saya nak capai. Jadi, mereka nak berjalan atau buat PS itu terpulang.

    Tidak perlu nak cakap pasal tiru-tiru.

    Janji mereka tak kacau emosi saya untuk buat kerja, itu saja.

    Sebelum ini, seorang individu membuat kenyataan secara umum tanpa menyatakan isteri kedua meniru destinasi percutian isteri pertama.

    MENARIK:  [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’

    Meskipun tiada nama yang disebut, Abang Tesla tetap memberikan respons terhadap kenyataan itu.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Isteri Kedua Didakwa Tiru Tempat Percutian Isteri Pertama, Abang Tesla Tampil Bersuara first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah