Pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz bakal menimang cahaya mata yang pertama di usia 45 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kenal Tapi Pegang’ – Nilam Ortiz Tak Suka Perut Disentuh Ketika Hamil
Artikel Berkaitan: Nur Nilam ‘Terpaksa’ Pakai Tudung Nampak Dagu & Leher
Reaksi suami
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Azlan dilihat tidak dapat menahan keterujaannya apabila bakal bergelar seorang ayah.
Pada video berdurasi selama seminit itu, Azlan menghampiri Nilam dan memeluknya.
Dalam pada itu, Nilam mendedahkan bahawa dia hampir berputus asa untuk menimang cahaya mata selama empat tahun melayari bahtera perkahwinan.
Untuk lelaki yang tak pernah menangis di depan orang.
Tapi aku tahu dia selalu menangis dalam doa.
Sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia.
Kita hampir putus asa, pernah rasa mungkin kita bukan orang yang dipilih.
Tapi tuhan tahu, sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga.
Netizen tumpang gembira




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tumpang gembira dengan berita baik yang dikongsi Nilam. Selain itu, warganet turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Sumber: TikTok @puan_nilamortiz
The post [VIDEO] ‘Aku Tahu Dia Selalu Menangis Dalam Doa, Sekarang Hadiahkan Tangisan Bahagia’ first appeared on OHBULAN!.





