Penyanyi rap, Ben Ladin bergelar bapa di usia 24 tahun selepas isterinya, Anna Syida selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Ladin Umum Isteri Kini Berbadan Dua – ‘Daddy & Mummy Tak Sabar Nak Jumpa Kamu’
Tahniah Ben & isteri
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan menitipkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya sepanjang hamil.
Pelantun lagu ‘Hikayat Ben Ladin’ turut memuat naik foto isterinya yang baring bersebelahan bayi mereka.
Assalammualaikum, pewarisku tercinta , Alhamdulillah isteri saya Anna Syida telah selamat melahirkan bayi kami.
Terima kasih kepada anda yang telah banyak mendoakan.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi berusia 24 tahun turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya kerana telah melahirkan zuriat mereka.
Terima kasih kepada isteri tercinta kerana telah melahirkan hadiah yang paling bermakna ini.
Saya hargai segala pengorbanan awak selama ini.
Ia satu perjalanan yang panjang buat kita berdua dan semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita.
Daddy dan mummy sekarang dah ada ‘Baby J’, semoga anak soleh ini sentiasa dalam lindungan Allah.
Netizen ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah terhadap Ben dan isteri dan mendoakan agar zuriat mereka itu dapat membesar dengan sihat.
Sekadar info, Ben dan Anna telah mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Pada Mac lalu, Ben mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan isterinya melalui hantaran di IG.
Sumber: IG Ben Ladin
The post Ben Ladin Selamat Bergelar Bapa Di Usia 24 Tahun first appeared on OHBULAN!.





