Satu pencapaian tinggi buat penyanyi, Azharina apabila dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices dalam satu persidangan berprestij yang dianjurkan oleh IKSnita dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.
Artikel Berkaitan: Azharina Azhar Tersenarai Penerima Pingat ADK
Tahniah!

Menjadi satu-satunya wakil anak seni yang dijemput, Azharina turut berkongsi pengalaman serta sumbangannya dalam bidang kemanusiaan dan kebudayaan kepada hadirin yang hadir.
Antara sumbangan yang pernah dilakukan adalah Konsert Amal Maya Azharina & Friends pada tahun 2021 lalu yang bertujuan membantu mangsa banjir di Sabah.
Konsert tersebut mencipta sejarah apabila berjaya mengumpul dana seterusnya membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas seperti beras kepada ibu tunggal dan anak-anak di kawasan Puchong.
Bantuan ini memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dan sering terpinggir dalam masyarakat.
Selain itu, pelantun lagu ‘Elegi Sepi’ ini turut menyentuh kejayaan peribadi yang pernah dikecapinya sebelum ini.
Saya berasa sangat bersyukur kerana dipilih untuk menjadi panelis di persidangan ini.
Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga, apabila dapat berkongsi pentas dengan wanita-wanita luar biasa dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Mereka hadir dengan aura positif yang luar biasa dan banyak memberi inspirasi kepada saya.
Sekadar info, Azharina bukan sahaja aktif dalam bidang nyanyian namun turut aktif dalam kerja-kerja kebajikan sepanjang lebih dua dekad bergiat dalam industri seni.
The post Azharina Wakil Anak Seni Di Pentas ‘1st ASEAN Women’s Conference’, Mahu Angkat Martabat Wanita first appeared on OHBULAN!.





