Percutian ke luar negara, pakaian berjenama, kereta mewah, hadiah mahal dan rumah tangga yang sentiasa kelihatan bahagia kini menjadi antara gambaran kehidupan ‘sempurna’ yang sering dipamerkan di media sosial.
Paparan sebegitu mudah menarik perhatian, malah membuatkan kemewahan seolah-olah menjadi ukuran kejayaan dan kebahagiaan seseorang.
Namun, di sebalik gambar cantik dan ribuan tanda suka, wujud tekanan untuk terus mempertahankan imej tersebut meskipun ia mungkin tidak mencerminkan kehidupan sebenar.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Minta Hanya RM50 Untuk Beli Susu Anak’ – Kamal Adli Guna Threads Hulur Bantuan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dia Sekarang Sudah Boleh Panggil Saya Ayah’ – Kamal Adli
Hanya merosakkan diri sendiri?
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain di fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
Menerusi edisi POV XTRA hari ini, pelakon Kamal Adli berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut berdasarkan perspektifnya sendiri mengatakan tekanan untuk sentiasa kelihatan mewah dan bahagia bukan sahaja meletihkan, malah boleh menjadi perangkap yang akhirnya memakan diri sendiri.
Saya bukan orang macam itu. Saya tak pandai untuk kelihatan mewah. Apa yang saya ada dan selesa, itu yang saya pakai.
Tetapi untuk orang yang begitu, saya rasa suatu hari nanti mereka akan ada masalah mental dan ia akan menjadi satu masalah untuk mereka juga.
Sampai bila mahu terus berpura-pura?
Menurut Kamal, seseorang mungkin pada awalnya hanya mahu kelihatan menarik atau berjaya di media sosial.
Namun tanpa disedari, mereka sebenarnya sedang menetapkan satu standard tinggi yang perlu dikekalkan setiap hari.
Nak nampak mewah, dia sudah letakkan satu ‘bar’ untuk diri dia supaya selalu nampak macam itu.
Masalahnya, suatu hari nanti kalau kemewahan itu sudah tidak ada, dia akan rasa pelik.
Bahagia tak perlu dibuktikan dengan beg mahal
Kamal percaya ketenangan dan kebahagiaan tidak sepatutnya diukur melalui harga pakaian, kereta yang dipandu atau lokasi seseorang bercuti.
Saya rasa lebih baik daripada awal, just be yourself. Kalau tak mampu, tak apa. Ada cara lain untuk kita tunjuk ketenangan, bahagia dan kemewahan.
Tak semestinya perlu ada barang mahal.
Kejar pengikut dan ‘likes’, tetapi hilang identiti sendiri
Kamal turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu berusaha mencipta imej tertentu hanya kerana terpengaruh dengan kehidupan individu lain di media sosial.
Jadi diri sendiri. Biar orang sayang dan suka kita sebab diri kita sendiri.
Bukan sebab kita try hard nak nampak mewah, mungkin sebab tengok orang lain juga.
Menurutnya, ada individu yang mungkin beranggapan paparan kemewahan mampu meningkatkan jumlah pengikut, perhatian dan tanda suka.
Namun, perhatian yang diterima melalui imej yang tidak jujur belum tentu membawa kebahagiaan sebenar.
Bila buat macam itu, mungkin mereka rasa akan gain followers. Ramai orang akan fokus pada likes di media sosial. Saya rasa tidak.
Bukan hanya diri sendiri terkesan, rumah tangga orang lain pun boleh terganggu
Apa yang lebih membimbangkan, Kamal berpendapat paparan kehidupan yang terlalu sempurna boleh memberi kesan kepada orang yang melihatnya terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga.
Benda itu sangat toksik bagi saya. Ia hanya merosakkan diri sendiri.
Bila buat macam itu, sudahlah tak jujur, kemudian orang tengok pula. Terutama orang yang sudah berumah tangga, ia boleh memberi kesan kepada married life sendiri.
Mula buat perbandingan dengan perkahwinan sendiri. Perkara itu tidak bagus,” katanya.
The post POV XTRA: Kamal Adli Bimbang Stigma Tekanan Hidup Perlu Nampak Mewah, Akui Boleh Rosakkan Mental & Rumah Tangga – ‘Perkara Itu Toksik’ first appeared on OHBULAN!.





