31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azan Ruffedge Tegur Sikap Penganjur Tidak Serius Promosikan Konsert – ‘Jadikan Artis Ibarat Barang Untuk Niaga’

    Shopee Sale



    Penyanyi Azan Ruffedge menegur segelintir penganjur acara yang bersikap acuh tidak acuh dalam mempromosikan sesebuah konsert.

    ‘Artis bukan barang’

    Azan atau nama sebenar Azan Addin Abdul Wahab, 50, berkata, penganjur acara era kini hanya memikirkan perniagaan semata-mata dan menjadikan artis ibarat barang dagangan yang dijual beli sesuka hati.

    Come on penganjur, zaman dulu-dulu tiada sosial media, penganjur dulu ada TV, radio dan billboards (papan iklan) sahaja. Tetapi mampu jual banyak tiket kot.

    Penganjur sekarang buat PC (sidang media) pun berat, apatah lagi nak naik billboard. Memang fikir meniaga je majoriti.

    Produk boleh ganti-ganti, artis bukan manusia pun kan. Ibarat barang je untuk niaga.

    Azan berkongsi pandanganya itu menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram.

    Dalam pada itu, Azan turut meluahkan rasa bimbang dengan ‘banjiran’ penganjur dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk menganjurkan konsert.

    Lebih teruk lagi, penganjur yang datang dari luar negara buat event dekat negara kita (Malaysia), bawa artis luar sedut duit rakyat lepas itu ‘chow’ balik tempat asal.

    Negara kita pemurah je dengan orang luar, lagi-lagi kena game (dipermainkan).

    Sejak kebelakangan ini, isu pembatalan konsert Malam Sutera Aisha Retno terus menjadi topik hangat.

    MENARIK:  [VIDEO] Izara Aishah Dedah Rahsia Siti Nurhaliza, Mudah Teracun Beli Barang ‘Online’ – ‘Stokin, Pemutih Ketiak’

    Tambahan lagi penganjur acara iaitu Kharisma Music menafikan dakwaan Aisha mengatakan pihaknya membatalkan konsert itu secara terburu-buru.

    Kharisma Music sebelum ini memaklumkan, konsert sulung Aisha yang sepatutnya berlangsung pada 16 November lalu itu dibatalkan susualan jualan tiket yang tidak memberansangkan.

    Selain itu, Kharisma Music juga mendakwa Aisha tidka melakukan sebarang promosikan konsert di platform media sosial miliknya dan menuntut pembayaran semula jumlah wang dipinjamkan kepada Aisha ketika memerlukan modal untuk persembahan di AJL38.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah