
Usahawan dan figura media sosial terkenal, Madammu berkongsi pengalaman mengenai kehidupannya yang dibesarkan dalam sebuah keluarga berantakan atau ‘broken family’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu ‘Stres’ Naik Kapal Terbang, Risau Fikir Nasib Anak-Anak – ‘Kalau Apa-Apa Jadi Pada Saya & Suami, Siapa Nak Jaga Mereka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Cepat Menilai Anak Orang Sebab Perkara Ini Sensitif Untuk Seorang Ibu’ – Madammu
Broken family

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid itu mengakui dia tidak memiliki ikatan emosi yang mendalam dengan bapanya kerana sejak kecil tidak pernah merasai kehadiran figura seorang ayah.
Korang tak boleh nak salahkan saya kalau saya tak ada ‘perasaan ’ tu dekat ayah saya sebab dia tinggalkan saya masa saya umur 2 tahun. Bila kami berjumpa, saya tahu dia ayah saya tapi saya tak ada perasaan sayang tu. Sebab saya tak ada memori dengan dia.
Saya tak boleh nak salahkan diri saya sendiri atau ayah saya. Saya tak boleh nak paksa benda tu, connection dan bonding tu tak ada.
Madammu turut mengakui bahawa sepanjang dewasa, pertemuannya dengan bapa kandung hanya berlaku beberapa kali sahaja. Namun begitu, dia tetap menghormati lelaki tersebut sebagai insan yang melahirkannya ke dunia.
Dalam pada itu, Madammu turut menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan trauma atau kekecewaan daripada perceraian ibu bapa menghalang mereka untuk mengecapi masa depan yang lebih cerah.
Macam mana sebenarnya nak kuat kalau hidup dalam broken family? Tapi korang kena ingat, broken family tu terjadi antara mak ayah korang, bukannya diri korang. Mereka berdua yang bercerai, korang dengan mak ayah tak akan putus hubungan.
Jadi kena ingat, korang ada masa depan, akan berkahwin, ada anak dan sebagainya.
Tambah Madammu, pengalaman hidupnya yang lahir dari keluarga berantakan telah membentuk prinsip untuk dirinya menjadi seorang ibu yang terbaik demi masa depan anak-anak.
Saya selalu fikir saya kena ada masa depan macam yang saya nak. Sebab tu sekarang saya bagi yang terbaik untuk anak-anak saya.
Untuk rekod, Madammu dan suaminya, Azri, telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan Azri terdahulu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Kemudian pada tahun 2023, Madammu selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Kayden, selepas melalui proses rawatan kesuburan menerusi kaedah Persenyawaan In-Vitro (IVF).
Sumber: TikTok
The post ‘Ayah Tinggalkan Masa Saya Usia 2 Tahun’ – Madammu first appeared on OHBULAN!.





