34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Awak Memang Dah Melampau, Ibu Bapa Saya Hidup Lagi’ – Ezzanie Jasny

    Shopee Sale

    Pelakon, Ezzanie Jasny memaklumkan telah membuat laporan polis selepas masih menjadi mangsa gangguan individu individu tidak bertanggungjawab yang didakwa telah mencipta akaun palsu menggunakan nama serta gambarnya.

    Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Hanya Ketawa Dakwaan Alami Culture Shock – ‘Saya Bukan Dari Kampung, Duduk Bandar’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Buat Muka’ – Ezzanie Jasny Bangga Kulit Sawo Matang, Turunkan Berat Badan Sampai 51kg

    Buat laporan polis

    Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu yang menyamar menjadi Ezzanie meninggalkan komen yang tidak berperikemanusiaan di sesi siaran langsung pengguna TikTok.

    Menyedari kewujudan akaun palsu tersebut, Ezzanie menegaskan bahawa komen-komen berkenaan bukan datang daripadanya.

    Sekadar untuk menjelaskan, masih terdapat satu lagi akaun palsu yang menggunakan gambar saya dan memberi komen di sesi siaran langsung orang lain. Komen-komen tersebut bukan daripada saya.

    Saya telah pun membuat laporan polis berhubung insiden sebelum ini dan saya juga akan memaklumkan pihak berkuasa mengenai perkara ini juga.

    Kecewa

    Sementara itu, menerusi perkongsian di Threads, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu meluahkan rasa kecewa dan marah selain menegaskan dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

    Saya tengah tahan nak marah saja ni. Apa yang dia dengki sangat dengan saya?

    Setahu saya, saya tidak kacau kehidupan sesiapa pun.

    Lebih parah, Ezzanie berkata akaun palsu itu bukan sahaja menyamar sebagai dirinya malah turut menyebarkan fitnah berkaitan keluarganya sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ramai.

    Awak ni memang sudah melampau. Muat naik gambar ibu bapa saya cakap, ‘salam takziah’. Memang ey.

    Ibu bapa saya hidup lagi.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Dah Agak Tempat Terakhir’ – Illa Sabry Kecewa Persembahan Minggu Pertama Tak Memuaskan, Hilang 19 Kilogram Berat Badan Sebab ‘Stres’

    The post ‘Awak Memang Dah Melampau, Ibu Bapa Saya Hidup Lagi’ – Ezzanie Jasny first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah