25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atikah Suhaime Luah Rasa Bersalah, Anak Luka Di Muka Akibat Terjatuh Buaian Elektrik

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa bersalah selepas anaknya, Lyla Mulan Teh mengalami sedikit luka di bahagian muka kerana terjatuh dari buai.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Didik Anak Hidup Bersederhana, Tak Pandai Pakai Barang Berjenama – ‘Saya Bukan Lahir-Lahir Senang’

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Berjaya Kurus, Usaha Bersenam Berbaloi – ‘Hampir Sama Macam Sebelum Ada Mulan’

    Kesilapan diri

    View this post on Instagram

    A post shared by Atikah Suhaime 🇮🇩🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime)

    Menerusi Instagram Story (IGs), Atikah memuat naik foto memaparkan keadaan anaknya yang mengalami luka di bahagian hidung dan kening.

    Ujar pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, kejadian itu berlaku disebabkan kesilapannya sendiri yang tersalah memasang buai.

    Sebenarnya semua ini salah saya.

    Suami saya tengok, rupanya (buai) salah pasang. Saya salah pasang, kemudian buai jatuh.

    Saya dah guna buai ini untuk tiga bulan. Ini memang salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu.

    Menerusi hantaran lain, pelakon drama ‘Cinta Tanpa Ganti’ memohon maaf kepada anaknya atas kesilapan itu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Nafikan, Penyebab Pakai Tudung Adalah Shuib’ – Watie Hanifiah

    Malah, dia turut menasihati ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memberikan perhatian kepada anak kecil meskipun dalam apa jua keadaan.

    Mami (Atikah) minta maaf. Tak kira apa saja karenah anak, sentiasa pegang dia.

    Jagalah bayi anda, mereka hanya membesar sekali seumur hidup.

    Posting Atikah

    Sumber: IGs Atikah Suhaime

    The post Atikah Suhaime Luah Rasa Bersalah, Anak Luka Di Muka Akibat Terjatuh Buaian Elektrik first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah