Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil mempertahankan rakan selebritinya, Datin Intan Najuwa yang didakwa lupa diri semenjak memegang gelaran Datin.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Berjaya Kurus, Usaha Bersenam Berbaloi – ‘Hampir Sama Macam Sebelum Ada Mulan’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Bidas Netizen Selepas Didakwa Edit Gambar Guna ‘Filter’ – ‘Gigih Siap Zoom Cari Salah’
Gelaran Datin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Atikah dilihat membuat ‘unboxing’ beg tangan bagi sebuah jenama lokal yang dibelinya.
Pada video berdurasi hampir tiga minit itu, Atikah membidas komen seorang individu yang menyatakan dirinya masih belum bergelar Datin kerana tidak memiliki barangan berjenama mahal.
Nama Intan Najuwa terpalit

Dalam pada itu, terdapat seorang individu yang memetik nama Intan Najuwa seolah memberi bayangan pelakon berusia 28 tahun itu hidup dalam kemewahan tanpa mendatang apa-apa faedah pada orang sekeliling.
Susulan itu, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, menyifatkan Intan sebagai seorang yang pemurah apabila berada di set penggambaran bersama.
Intan baik hati dan rendah diri kalau awak betul-betul kenal dia.
Selalu belanja di set penggambaran.
Bezanya Intan memang kaya walau sebelum jumpa suami dia.
Saya pula baru tiba-tiba nak merasa kaya sejak kahwin dengan suami.
Cara kita agak berbeza dari segi bahagiakan diri.
Pada akhir perkongsian, Atikah memohon agar tidak dibandingkan dengan mana-mana individu kerana percaya setiap manusia memiliki cara tersendiri untuk bahagia.
Sumber: TikTok @TikaMe
The post Atikah Suhaime ‘Backup’ Intan Najuwa, Puji Baik Hati & Merendah Diri – ‘Dia Memang Kaya Sebelum Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.





