Penyanyi Ariz Lufias berkongsi tentang pengalamannya sepanjang melancong di Korea Selatan kira-kira hampir sebulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ariz Lufias Nafi Jadi Selebriti ‘Jalan Pintas’ Bantu Perniagaan Laku Keras
Artikel Berkaitan: ‘Saya Yakin Niat Kalian Baik, Tapi Perkara Yang Mendatangkan Mudarat Kepada Saya Sudah Terjadi’ – Ariz Lufias
Melancong ke Korea
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37, memuat naik soalan-soalan daripada warganet berkenaan percutiannya itu.
Menjawab persoalan mereka, Ariz menganggarkan jumlah keseluruhan perbelanjaan di sana adalah lebih daripada RM25,000.
Jumlah hampir sebulan dekat sini, lebih daripada RM25,000.
Tapi saya pergi naki MAS business class, balik nanti naik Air Asia flatbed. Tiket kapal terbang je dah lebih RM7,000.
Cuma aktiviti dapat murah sebab tempah awal di aplikasi.
Kalau pergi dengan kawan-kawan rasanya boleh dapat bawah dari RM10,000 untuk sebulan.
Budget ini ikut diri sendiri.
Ketika disoal mengapa dia sering melancong ke Korea Selatan, Ariz berkata negara tersebut menjadi antara destinasi kegemarannya kerana suasana selesa serta masyarakatnya yang berkeperibadian baik.
Negara ini buat saya rasa sangat selesa. Pengalaman di sini sangat positif, orang-orang dia pun sangat membantu.
Saya rasa seperti berada di tempat sendiri bila dekat sini.
Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa risau untuk ke negara terbabit rentetan isu perperangan yang belum reda.
Bagaimanapun, pelantun lagu Berdua Bersatu itu mengucapkan rasa syukur kerana keadaan di Korea Selatan masih lagi baik.
Satu dunia terkesan sekarang ini. Tapi, Alhamdulillah, dekat sini masih okay.
Sumber: Threads
The post Ariz Lufias Selesa Melancong Ke Korea, Dedah Kos Perbelanjaan – ‘Jumlah Hampir Sebulan Di Sini Lebih RM25k’ first appeared on OHBULAN!.





