27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Apa Yang Saya Tulis Adalah Luahan, Hidup Takkan Lari Dari Orang Berhasad Dengki’ – Siti Saerah

    Shopee Sale

    Penyanyi Siti Saerah memberi penjelasan terhadap hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini berikutan telah mencetuskan spekulasi.

    Artikel Berkaitan: ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’

    Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM

    Hasad dengki

    View this post on Instagram

    A post shared by Eyzad Elfie (@eyzad.elfie)

    Ketika ditemui , Saerah atau nama lengkapnya Siti Nursairah Tarudin, 42, bagaimanapun enggan mendedahkan tujuan hantaran tersebut dimuat naik atau kepada siapa ia ditujukan.

    Apa yang saya tulis itu adalah luahan yang terpendam dan bila sudah diluah, biarlah ia berlalu.

    Sebenarnya, saya tak nak komen hantaran itu ditujukan kepada siapa dan biarlah ia menjadi rahsia.

    Dalam pada itu, Saerah berkata sebagai seorang manusia dia tidak dapat lari daripada mereka yang mempunyai perasaan iri hati.

    Hidup kita ini memang takkan lari dari orang yang berhasad dengki.

    Apa yang penting, saya sudah ajar (didik) anak- anak supaya sentiasa fikir positif pada orang kerana saya sendiri tidak pernah fikir negatif terhadap orang lain.

    Jadi, sesiapa yang ada perasaan (dengki) itu cepat-cepat beringat. Kita tak perlu ikut hati kerana tak beri apa-apa kebaikan.

    Saerah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulung berjudul Mendewasa dendangan anaknya yang juga penyanyi, Ahmad Dayyan di Gombak, Selangor pada Selasa.

    MENARIK:  #OBCallingFoodies: Sakana Japanese Dining Tawar Pengalaman Kulinari Autentik Jepun, Hanya Guna Ramuan Segar, Cuka & Mirin Halal

    Lindungi keluarga

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝑺𝑰𝑻𝑰 𝑺𝑨𝑰𝑹𝑨𝑯 | 𝑽𝑶𝑲𝑨𝑳 𝑻𝑬𝑹𝑩𝑨𝑰𝑲 𝑻𝑻𝑴𝑴 (@sitinursairahtarudin)

    Sementara itu, ibu kepada lima orang anak tersebut mengambil pendekatan untuk sentiasa melindungi keluarganya daripada sebarang bahaya atau ancaman.

    Walau apa pun yang terjadi memang saya akan menjaga keluarga saya.

    Saya memang ambil langkah berjaga-jaga sekarang sebab sentiasa fikir positif dengan orang dan tidak fikir dia ada niat jahat ataupun sebaliknya.

    Terdahulu, adik kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memuat naik hantaran seolah-olah memberi peringatan kepada individu yang berniat buruk.

    The post ‘Apa Yang Saya Tulis Adalah Luahan, Hidup Takkan Lari Dari Orang Berhasad Dengki’ – Siti Saerah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah