
Pelakon, Mas Khan akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Anatasha Diana, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Ahad.
Tahniah!

Momen bahagia itu turut dikongsikan oleh Mas Khan sendiri menerusi beberapa hantaran semula (repost) IG Story daripada tetamu yang hadir pada hari bahagia tersebut.
Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 31, sah bergelar suami kepada Anatasha dengan hanya sekali lafaz, disertakan mas kahwin sebanyak RM1,497.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat.
Mas Khan dan Anatasha yang juga seorang pramugari, tampil sedondon mengenakan busana pengantin berona merah jambu.





