Personaliti media sosial, Ananda Natasha menerima teguran daripada warganet mengenai anaknya, Alisha Puteri dengan hati yang terbuka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ananda Natasha Buat Rawatan Wajah ‘Face Lifting’, Netizen Kecewa – ‘Kita Bukan Tak Cantik Cuma Tiada Duit Je’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ananda Natasha Dakwa Terima Mesej Dari Bekas Mentua Setiap Bulan, Harap Berhenti Ganggu Kehidupan Baru – ‘Saya Sangat Sayang Dia’
Terima teguran
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha berkongsi komen daripada seorang individu yang kurang senang dengan cara Alisha berkomunikasi
Kecil lagi tapi dah cakap jerit-jerit, macam manalah dia besar nanti.
Bagaimanapun Tasha tetap menghargai teguran yang diberi dengan menjelaskan bahawa Alisha mempunyai pelbagai ragam sebagai seorang kanak-kanak namun tidak semua ditonjolkan kepada khalayak.
Terima kasih kepada mereka yang meninggalkan komen dengan mengatakan Alisha tertalalu tantrum.
Saya faham mengapa ramai yang komen, mungkin kerana saya banyak post video sebegitu. Sebenarnya itu adalah video-video random yang saya ambil, banyak je video Alisha yang ‘behave’ tapi saya tak tunjuk.
Tinggi suara

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera tersebut mengakui dia memiliki nada suara yang tinggi namun ia bukanlah penyebab Alisha turut berkelakuan sama.
Ada juga yang kata disebabkan suara saya yang tinggi, Alisha pun jadi tinggi suara. Tidak juga, kerana suara saya besar dan saya bukan soft spoken.
Perangai Alisha berbeza, dengan saya lain..dengan orang lain pun tak sama cara dia layan. Contohnya dengan pengasuh dia tak banyak cakap dan jarang tantrum.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Tasha supaya tidak mengendahkan kecaman kerana cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza-beza.
Sumber: TikTok Ananda Natasha
The post Anak Tinggi Suara, Ananda Natasha Terima Teguran Netizen first appeared on OHBULAN!.






