26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak Saya Ditik*m 200 Kali, Dia Jerit Minta Tolong Tapi Pintu Tandas Terkunci’ – Ibu Mangsa

    Shopee Sale

    Ibu kepada pelajar yang maut ditikam rakan sekolah mendedahkan terdapat 200 kesan tikaman di badan anaknya.

    200 tikaman

    Foto: The Star

    Memetik laporan Sinar Harian, pemilik nama Wong Lee Ping menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat 50 kesan tikaman di tubuh Yap Shing Xuen, 16.

    Selain turut menafikan dakwaan kononnya anak perempuannya itu dirogol dan mengenali suspek.

    Saya dapat tahu daripada pihak patologi bahawa anak saya ditikam 200 kali.

    Ada luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru.

    Tambah Lee Ping, anaknya diserang selepas suspek memanjat masuk dari bahagian atas tandas ketika mangsa berada bersendirian di dalam bilik berkunci.

    Anak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada.

    Terdahulu, seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun ditahan selepas disyaki menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

    MENARIK:  Pengarah Kreatif Qierahman Memilih Untuk Memelihara Elemen Tradisi Baju Melayu Dengan Menjadikan Que Haidar & Anak Sebagai Duta

    Polis mengesahkan, kecederaan tikaman di dada dan leher menjadi penyebab utama kematian remaja terbabit.

    Sumber: Sinar Harian

    The post ‘Anak Saya Ditik*m 200 Kali, Dia Jerit Minta Tolong Tapi Pintu Tandas Terkunci’ – Ibu Mangsa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah