Selepas lama berdiam diri, individu yang dikaitkan dengan usahawan popular, View Chin iaitu Amirah tampil bersuara berkaitan isu yang berlaku.
Artikel Berkaitan: Shermine Ucap Tahniah Buat Sam Lim & Parisa Ardina – ‘Ini Dipanggil Nikah, Dalam Masjid’
Artikel Berkaitan: Netizen Desak View Chin Tunjuk Bukti Status Dengan Amirah – ‘Islam Galak Perkahwinan Untuk Dihebahkan’
Tiada masa
View on Threads
Menurut Amirah, dia tidak mempunyai masa untuk mencampuri urusan orang lain, lebih-lebih lagi ketika ini dia sedang sibuk dengan pekerjaannya.
Saya memang tiada masa nak cari salah orang.
Kerja pun dah sibuk hari-hari. Sibuk dengan perniagaan, fikir macam mana nak grow lagi.
Nak layan benda negatif pun tak sempat.
Mengulas lebih lanjut, Amirah berkata dia lebih memilih untuk menumpukan perhatian kepada urusan kerja berbanding membicarakan perihal kehidupan orang lain.
Katanya, dia hanya memfokuskan dirinya kepada urusannya sendiri dan bukannya hal orang lain.
Kalau ada orang suka cari salah orang lain, biar sajalah masing-masing ada cara sendiri kan.
Saya jenis focus kerja je. Keputusan akhir lagi penting dari semua benda lain.
Simple saja, saya sibuk buat kerja, bukan sibuk cari pasal.
Sebelum ini, hangat di media sosial apabila seorang individu mendesak View Chin untuk tampil memuat naik bukti berkahwin secara sah bersama Amirah susulan melihat mereka tinggal sebumbung.
Sementara itu, bekas isteri View Chin, iaitu Shermine turut memberi bayangan seolah-olah menyatakan bahawa mereka berdua masih belum menjalani pernikahan yang sah.
Sumber: Threads
The post ‘Nak Layan Benda Negatif Pun Tak Sempat Sebab Sibuk Kerja’ – Amirah first appeared on OHBULAN!.





