
‘Anak perempuan saya tidak rapat sangat dengan isteri.’
Demikian luahan pelakon Edika Yusof ketika ditanya mengenai hubungan isterinya, Nor Hidayah Yusri bersama anak perempuannya.
Sudah menjalankan tanggungjawab

Ketika ditemui , Edika, 58, berkata sebagai bapa dia sering menasihati kedua-dua pihak supaya mengekalkan silaturrahim antara ibu dan anak.
Anak perempuan dengan saya. Dia tidak mahu mengikuti ibunya. Masalah sebenarnya anak perempuan saya tidak berapa rapat dengan isteri.
Jadi sebagai ayah, jadi saya menjadi tempat untuk anak saya meluah dan memberi nasihat.
Nasihat kedua-dua pihak sudah diberi tetapi tidak jalan. Jadi saya pun sudah tidak tahu nak buat apa lagi.
Tidak dipersetujui

Dalam pada itu, aktor itu berkata anak kandung dan anak tirinya meluahkan kata sepakat tidak mempersetujui perceraian yang difailkan oleh isteri.
Anak perempuan dan anak tiri mereka tidak mahu perceraian ini berlaku.
Anak saya tadi pun kata dia tidak mahu ikut. Tapi silaturrahim bersama ibunya tiada masalah.
Tapi bagi saya, dia kena berlaku adil dan tidak menyebelahi sebelah pihak sahaja. Apa-apa pun, keputusan kena bertanya kepada saya.
Jangan sampai tidak hubungi saya langsung apa-apa pun semua boleh bincang.
Sementara itu, bapa kepada dua orang anak itu meluahkan rasa kesal kerana isterinya tidak lagi berhubung dengannya selepas keluar dari rumah.
Sejak isteri saya keluar rumah, dia langsung tidak menghubungi saya.
Saya tidak ada masalah dan terbuka. Apa yang nak jadi, saya okay. Kita buat yang terbaik sahaja.
Terdahulu, berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai Hidayah yang dibuat pada pertengahan Februari lalu.
Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.





