Anak kepada pengacara dan pelakon Kiah Propa iaitu Dhia Qaisarah meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bersyukur Ada Penyakit Kanser, Kalau Tidak..Dia Tak Terima Saya’ – Suami Kiah Propa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kiah Propa Meninggal Dunia
Rindu arwah

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dhia amat terkesan dengan pemergian arwah bapanya dan merindui setiap momen mereka bersama.
Babah, saya rindu babah sejak 1 April babah tinggalkan saya dan keluarga.
Sejak babah tiada, hidup saya jadi bosan sangat sebab selalunya kalau babah ada saya suap babah makan, bagi babah minum susu dan boleh luahkan perasaan.
Dalam masa yang sama, Dhia berkata, dia amat menghargai pengorbanan arwah bapanya itu.
Kalau mama kerja, babah sahajalah kawan baik saya dekat rumah.
Kadang kala, saya penat tapi untuk babah saya boleh buat segalanya.
Terima kasih babah, jaga saya seumur hidup. Saya sangat hargai jasa-jasa babah.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada Dhia dan mendoakannya agar tabah menjalani ujian yang berat itu.
Terdahulu, arwah Mohamad Nazri Ismail menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN) pada 1 April lalu.
Difahamkan, Allahyarham didiagnosis dengan kanser leher dan kalenjer air liur tahap empat tahun lalu dan selepas itu sel barah dikatakan merebak ke organ lain.
Sebelum itu, Kiah nekad untuk bernikah kembali pada 16 November 2024 kerana mahu menjaga Mohamad Nazri yang sakit. Kiah dan Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 2011, namun berpisah selepas beberapa tahun bernikah.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber: TikTok
The post Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Terhadap Arwah Bapa – ‘Hidup Saya Jadi Bosan Sangat’ first appeared on OHBULAN!.





