28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak-Anak Terpaksa Bekerja Selama Berjam-Jam, Memikul Beban Ayah dan Ibu Tiri

    Shopee Sale



    Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun telah diseksa oleh bapa kandungnya sendiri di mana dia disebat dengan penyangkut baju besi.

    Sering tidur di sekolah

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi laporan Kumparan News, ketika kejadian, kanak-kanak itu diseksa namun, ibu tirinya menghalang jiran yang cuba datang membantu.

    Sebenarnya sudah kerap berlaku, kanak-kanak itu dipukul, namun penduduk belum berani. Malam Sabtu lalu mangsa meminta maaf dan didengari penduduk.

    Ada orang nak tolong, tapi ibu tirinya halang. Biarkan saja supaya jadi pengajaran, kata ibu tirinya.

    Menurut saksi kejadian, Dita, penduduk telah melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung sebelum pihak polis datang untuk menangkap suspek.

    Tambah Dita, kanak-kanak itu sering tidur di sekolah kerana dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk mencari duit di sekitar Pasar Parung, stesen bas dan kawasan Ciseeng.

    MENARIK:  Mimi Lana Memilih Untuk Melabur Dalam Perayaan Raya Bersama Keluarga - 'Kumpulan Bersedialah Yang Paling Bermakna Untuk Saya'

    Dita juga berkata, bapa kandung dan juga ibu tiri mangsa itu sudah menganggur sejak tiga bulan lalu.

    Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor, AKP Teguh Kumara berkata, suspek mengaku melakukan penyeksaan kerana kanak-kanak itu cerewet dan enggan untuk keluar mencari duit.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah