29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak-Anak Beraya Dengan Nubhan Dahulu, Raya Kedua Baru Bersama Saya’ – Dr Afifah

    Shopee Sale

    Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah, berkongsi bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza apabila dia akan beraya terlebih dahulu bersama keluarganya, manakala anak-anak pula menyambut bersama bapa mereka terlebih dahulu

    Artikel Berkaitan: Dr Fie Kongsi Kesedihan, Ditinggalkan Tanpa Sempat Difahami – ‘Sedang Ajar Diri Untuk Tetap Hidup’

    Artikel Berkaitan: Dr Fie Guna Proton e.MAS 7 Hantar Anak-Anak ke Sekolah – ‘Kalau Allah Datangkan Rezeki Tidak Dijangka, Itu Rahmat’

    Luangkan masa bersama saudara-mara

    Ketika ditemui oleh , Dr Afifah, yang mesra disapa Dr Fie, berkongsi bahawa anak-anaknya akan menyambut hari raya pertama bersama bapa mereka sebelum pulang ke pangkuannya pada hari raya kedua untuk meneruskan sambutan bersama.

    Tahun ini merupakan kali pertama saya menyambut Hari Raya bersama keluarga sendiri.

    Anak-anak akan beraya bersama bapa mereka terlebih dahulu.

    Jadi pada hari raya kedua barulah mereka akan pulang ke rumah saya untuk beraya bersama.

    Apa-apa pun, alhamdulillah saya gembira.

    Mungkin inilah masanya untuk saya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga sendiri.

    Sebab ada saudara-mara di Kuantan yang sudah lama saya tidak jumpa.

    Jadi, saya rasa inilah peluang untuk menziarahi saudara-mara dan mengeratkan silaturahim.

    Pada hari raya kedua nanti, saya akan mengambil anak-anak, dan ketika itulah kami akan beraya bersama.

    Dalam pada itu, Dr Fie akui dia tidak terlalu bimbang dengan soalan peribadi ketika beraya.

    MENARIK:  Saya Tidak Tahu Bila Akan Disatukan - Shiha Zikir

    Namun, ia tetap sedikit sensitif apabila melibatkan hal berkaitan anak-anak.

    Secara peribadi, saya tidak terlalu risau dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya.

    Tetapi bila melibatkan soalan tentang anak-anak, saya akui ia agak sensitif.

    Selama ini saya sudah terbiasa buat persiapan raya untuk anak-anak, tetapi untuk tahun pertama ini, saya sendiri tidak pasti bagaimana perasaannya nanti.

    Kerana saya hanya perlu menyiapkan diri sendiri.

    Mungkin juga solekan saya akan sedikit lebih daripada biasa pada tahun ini.

    Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Fie pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan, dan Afzan Nayille.

    The post ‘Anak-Anak Beraya Dengan Nubhan Dahulu, Raya Kedua Baru Bersama Saya’ – Dr Afifah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah