25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ratu Jazz’ Kembali, Sheila Majid Bakal Gegarkan Axiata Arena 8 November Ini!

    Shopee Sale

    Berita baik buat peminat penyanyi, Datuk Sheila Majid apabila penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘Ratu Jazz’ itu bakal mengadakan konsert bersempena ulang tahun ke-40 penglibatannya dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Sheila Majid Tak Akan Ubah Wajah – ‘Saya Takut Pada Tuhan’

    Penghargaan buat peminat

    Bertempat di Axiata Arena, konsert yang diberi nama ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ itu bakal menemui para peminat pada 8 November ini dengan menjanjikan malam yang penuh magis buat para peminat.

    Menurut Sheila atau nama lengkapnya Shaheila Abdul Majid, konsert tersebut dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih buat peminat yang sentiasa berada di belakangnya.

    Konsert ini adalah penanda aras baharu untuk kerjaya seni selama 40 tahun.

    Bukan tempoh singkat, namun, saya bersyukur masih diterima dan mempunyai peminat yang masih setia memberi sokongan.

    ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ ini juga satu penghargaan kepada ramai individu yang berada di belakang saya sehingga saya masih diterima dan dikenali hingga ke hari ini.

    Ketika ditanya mengenai persiapan konsert, pelantun lagu ‘Dia’ itu memaklumkan dirinya kini lebih tertumpu untuk meningkatkan stamina untuk memberikan persembahan bertenaga di atas pentas.

    Saya tak nak cerita dengan lebih lanjut tentang persiapan nanti tak ‘surpise’.

    Terapi kalau cakap soal itu, saya sudah mula melalukan persiapan dari segi stamina. Saya seorang yang sentiasa bersenam, tetapi kena tambahkan sedikit rutin itu.

    Maklumlah kita pun dah berusia untuk membuat persembahan untuk tempoh tiga jam itu agak lama. Jadi, saya sudah mula buat persiapan saya.

    Konsert ‘Sheila Majid 40 Years in Music’

    View this post on Instagram

    A post shared by @altus_prohouse

    Konsert ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ ini diadakan bagi merayakan empat dekat Sheila sebagai penyanyi lagenda bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Nusantara.

    MENARIK:  Imran Bard Dikecam Netizen, Didakwa Buat Video Normalisasi Budaya Songsang?

    Dianjurkan oleh Altus Prohouse, konsert ini bakal menemui peminat Sheila pada 8 November akan datang di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Tiket sudah pun mula dijual bermula dengan harga RM268 (CAT 4), RM368 (CAT 3), RM468 (CAT 2), RM568 (CAT 1), RM668 (VIP), RM768 (VVIP) dan RM3,400 (Party Zone).

    Jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket dan anda boleh membuat pembelian di laman web http://www.ticket2u.com.my/sheilamajid40.

    The post ‘Ratu Jazz’ Kembali, Sheila Majid Bakal Gegarkan Axiata Arena 8 November Ini! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah