
Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan meluahkan rasa kecewa apabila ramai yang masih tidak mengenalinya walaupun telah menempa nama dalam industri hampir 20 tahun.
‘Budak AF’

Ketika ditemui , Amylea, 38, berkata dia merasakan dirinya seolah-olah gagal kerana ramai yang masih mempersoalkan tentang kerjaya seninya.
Tidak hanya itu, Amylea berkata ramai yang masih menggelarnya sekadar bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) meskipun telah diberikan yang terbaik dalam industri seni.
Saya rasa kecewa, saya aktif menulis lagu untuk artis lain dan pernah lancarkan lagu sendiri. Tetapi soalan begitu seakan-akan menidakkan usaha saya selama ini.
Bertahun-tahun saya membina katalog dan profil diri yang macam-macam boleh diceritakan, namun masih ada yang hanya melihat saya sebagai ‘budak AF.
Amylea berkata demikian kata ketika ditemui di majlis Raya bersama Studio Village, di sini, pada Isnin.
Mengulas lebih lanjut, Amylea berkata walaupun rakan-rakan seperjuangannya daripada kelahiran program AF namun mereka jarang menerima layanan seperti ini.
Pun begitu, Amylea berkata dia akan terus mencipta karya dengan cara tersendiri walaupun tidak mendapat tumpuan seperti yang diinginkan.
Saya tahu saya bukan artis viral atau popular, tetapi saya sudah buat yang terbaik dalam menjayakan karya yang saya cipta.
Saya bukan mahu dipuja atau diberi perhatian lebih, cukup sekadar diiktiraf atas usaha dan perjalanan seni saya selepas AF.
Bila orang asyik tanya tentang masa lalu, saya rasa macam pencapaian sepanjang 20 tahun ini tidak bermakna.





