
Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas didakwa merogol adik iparnya yang mengalami masalah gangguan mental sehingga mangsa berbadan dua.
Rogol adik ipar sampai hamil

Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, suspek yang berusia 23 tahun itu melakukan perbuatan jijik itu sejak tahun 2023 dan kejadian tersebut berlaku selepas suspek menjemput mangsa, 14, pulang dari sekolah.
Difahamkan, selepas pulang dari sekolah, suspek telah membawa mangsa ke kawasan gelap dan dipenuhi semak samun sebelum bertindak merogolnya.
Suspek kemudian memberikan wang berjumlah Rp20 iaitu kira-kira RM5 kepada mangsa supaya merahsiakan perkara tersebut.
Suspek dipercayai telah merogol mangsa sebanyak empat kali sehingga mengakibatkan mangsa kini sedang hamil 7 bulan.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan bakal dijatuhi hukuman lima hingga 15 tahun penjara dan denda.





