27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amylea Azizan Sudah ‘Move On’, Buka Mulut Isu Cerai – ‘Dia Belum Bersedia Jadi Suami’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, mengakui sudah ‘move on’ daripada bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad, selepas melalui fasa yang mencabar dalam rumah tangganya.

    Amylea buka mulut isu cerai

    Ketika ditemui , Amylea atau nama lengkapnya Nur Sharifah Amirah Amylea Azizan Nordin, 39, menjelaskan bahawa apa yang dilalui dalam perkahiwnannya bukanlah perkara baru, namun dia memilih untuk diam demi menjaga banyak hati.

    Beberapa tahun lalu memang saya melalui situasi yang agak sukar. Sebenarnya apa yang saya lalui inii dah lama berlaku tapi saya tak berniat nak sorokkan daripada media.

    Cuma saya fikir, bila kita bersuara dalam keadaan sedih atau marah, mungkin kita akan terlebih berkongsi atau cakap benda yang tidak sepatutnya yang mungkin kita akan menyesal kemudian.

    Sebab itu lah saya ambil masa. Sebenarnya lima bulan selepas kami berkahwin, hubungan tu dah tak berapa okay.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Bersalah itu berkata, perkahwinannya mula goyah seawal lima bulan selepas mereka disatukan.

    Namun dia berusaha menyelamatkan rumah tangga, tetapi sayangnya cubaan itu tidak kesampaian.

    Saya melalui pelbagai fasa untuk menyelamatkan rumah tangga tapi tak berjaya. Saya betul-betul dalam keadaan depress sebab kena sembunyikan tangisan dan sebagainya.

    Selepas saya betul-betul dah move on, baru saya umumkan perceraian kami. Idah saya pun sebenarnya dah lama habis.

    Saya ada dua talak, yang pertama pada Januari awal tahun dan talak kedua pula dua bulan kemudian (sekitar Mac)’

    Amylea berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Aluna Signature di Bangsar pada Sabtu.

    Hubungan dengan mentua baik

    Berkongsi mengenai hubungannya dengan keluarga mentua, Amylea berkata hubungan mereka dalam keadaan baik malah dia juga akui sangat rapat dengan anak-anak tirinya.

    Hubungan saya dengan mak mentua sangat baik termasuk anak-anak tiri dan adik-beradik ipar. Jadi bila saya nak bersuara sesuatu jadi tak sesuai, sebab kami sangat rapat.

    Disebabkan ingin menjaga hati ramai pihak, Amylea berkata dia lebih memilih untuk memendam banyak perkara selain enggan membuka aib sesiapa walaupun dirinya disakiti.

    Saya hadapi derita itu seorang diri tak bercerita dekat sesiapa. Keluarga mentua tahu semua yang terjadi dan mereka sangat simpati dengan saya.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai punca perceraian, Amylea menegaskan bahawa dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya dan tidak pernah bersikap kasar atau meninggikan suara. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sakit Tekak & Demam Lagi Teruk Dari Bersalin Czer’

    Sebaliknya Amylea berkata mungkin, bekas suaminya itu belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

    Saya tak pernah ada salah dengan dia, tak pernah tinggi suara dengan dia dan saya menjadi seorang isteri yang baik.

    Saya tak mahu bercerita, sebab orang boleh korek cerita tu dan ianya sangat memalukan banyak pihak. Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia belum bersedia untuk jadi seorang suami.

    Pada Oktober lalu, Amylea menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan telah sah bercerai dengan suaminya malah sudah tamat tempoh iddah.

    Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan secara terperinci tarikh sebenar perceraian mereka.

    Untuk rekod, Amylea dan Mohammad Aqbar mengumumkan pernikahan mereka pada November 2023. Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan.

    The post Amylea Azizan Sudah ‘Move On’, Buka Mulut Isu Cerai – ‘Dia Belum Bersedia Jadi Suami’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah