27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amsyar Lee Ulas Isu Rider Genapkan Bayaran Tanpa Persetujuan Pelanggan – ‘Kita Sama-Sama Cari Makan’

    Shopee Sale

    Penyanyi Amsyar Lee tampil mengulas isu penghantar makanan yang menggenapkan baki bayaran tanpa persetujuan pelanggan.

    Artikel Berkaitan: Mimi Fly Titip Kata Semangat Buat Amsyar Lee – ‘Bukti Secebis Angan-Angan, Mampu Jadi Kenyataan’

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Doakan Kejayaan Amsyar Lee Di Pentas Antarabangsa – ‘Terus Banggakan Negara Dengan Bakat’

    Niat sedekah

    Menerusi perkongsian di Threads, Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri berpendapat pelanggan tidak mempunyai masalah untuk membayar lebih sekiranya berniat bersedekah.

    Bagaimanapun, tindakan menggenapkan jumlah bayaran tanpa persetujuan pelanggan boleh membuatkan niat sedekah itu disalahertikan.

    Saya percaya, ramai yang faham kalau RM13.09 itu memang kita boleh sahaja bayar RM14 dengan niat sedekah. Tetapi, kalau orang terus letak harga macam itu, niat kita dah baik, tetapi terus tak jadi baik kalau dapat macam ini.

    Dalam masa sama, pelantun lagu Hikayat Arjuni itu turut mengingatkan pelanggan dan penghantar makanan agar saling bertimbang rasa memandangkan masing-masing mencari rezeki.

    Tetapi, dalam cerita yang lain, pelanggan pun janganlah hanya bayar RM13 sahaja, kemudian cakap dekat penghantar makanan halalkan sahaja baki sembilan sen itu. Apa-apa pun, kita sama-sama cari makan.

    Kalau orang nak sedekah dekat kita, alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki. Kalau orang tak sedekah pun, masih alhamdulillah sebab kita cari rezeki halal.

    Terdahulu, seorang individu berkongsi pesanan kepada penghantar makanan agar tidak sesuka hati menggenapkan jumlah bayaran pelanggan, susulan isu pesanan berjumlah RM13.09 yang diminta dibayar RM14.

    MENARIK:  Linda Jasmine Menganggap Anak Belum Matang dan Enggan Membenarkan Mereka Menggunakan Media Sosial – 'Risau Anak Akan Memuatnaik Konten Yang Tidak Sesuai'

    Perkongsian itu kemudian mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen sebelum menarik perhatian Amsyar untuk turut berkongsi pandangannya mengenai isu berkenaan.

    Sumber: Threads

    The post Amsyar Lee Ulas Isu Rider Genapkan Bayaran Tanpa Persetujuan Pelanggan – ‘Kita Sama-Sama Cari Makan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah