Pempengaruh Ammar Nazhan dan Aras tampil memohon maaf kepada umum selepas kantoi sengaja melakukan konten mengenai kehilangan kawan mereka, Eyka.
Mohon maaf
Menerusi permohonan maaf yang dibuat di TikTok Kumparan, mereka berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Saya dan Ammar ingin memohon maaf atas yang telah berlaku. Kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Meskipun sudah memohon maaf secara terbuka, netizen bagaimanapun masih berasa geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka yang sudah menipu ramai pihak.
Malah, rata-rata netizen meminta pihak berwajib untuk menahan dua pempengaruh berkenaan dan dikenakan hukuman.
Terdahulu, Ammar mendakwa salah seorang kawannya yang dikenali sebagai Eyka telah hilang selepas mereka melakukan aktiviti paranormal di Bandung, Indonesia.
Tidak lama kemudian, pihak polis Indonesia memberi pengesahan bahawa kejadian tersebut adalah palsu.