Pelakon baharu, Amin Sufian tidak menganggap populariti sebagai matlamat utama sebaliknya mementingkan kualiti kerja dalam setiap karya lakonannya.
Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Dedah Belanja Ribuan Ringgit Rawat Gangguan Mistik – ‘Pernah Mimpi Ada Orang Tarik Saya Keluar’
Masih baru

Ketika ditemui , pemilik nama Amin Sufian Nurazmal, 21, berkata dia mahu dikenali dengan pembawakan wataknya yang penuh penghayatan dan kejujuran dalam lakonannya.
Saya rasa semuanya berbalik semula tujuan saya menceburi bidang ini. Saya tidak rasa populariti sesuatu yang perlu dikejar.
Bagi saya, apa yang benar-benar dekat dengan jiwa ialah penceritaan sebab saya suka bercerita, beri apa saja topik.
Mungkin juga sebab saya masih baharu dan masih banyak perkara perlu dipelajari serta diperbaiki.
Jadi, saya rasa sekarang yang penting adalah keaslian diri, kejujuran dan keikhlasan dalam bekerja.
Kalau orang boleh nampak dan rasa kejujuran itu dalam setiap apa yang saya buat, bagi saya, itu sudah cukup baik.
Amin berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Separuh Nafas Cinta di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.
Minat dalam lakonan

Amin yang kini menuntut dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya (UM) mengakui semakin cenderung dalam bidang seni kerana ia adalah jiwanya.
Walaupun mempelajari bidang yang berbeza diperingkat universiti, namun ia bukan penghalang untuk Amin menerokai minatnya dalam dunia lakonan.
Buat masa ini, saya rasa lebih cenderung kepada lakonan.
Ia sangat sepadan dengan jiwa saya dan memberi banyak kepuasan serta kegembiraan, terutama dalam penceritaan.
Seperti yang saya katakan, ia sangat bergema dalam diri saya.
Jadi, insya-Allah, saya cuba untuk meneroka bidang ini secara profesional dan lihat bagaimana perjalanan ini berkembang.
The post Amin Sufian Tidak Kejar Populariti – ‘Kalau Orang Nampak Kejujuran Dalam Lakonan, Itu Sudah Cukup Baik’ first appeared on OHBULAN!.





