27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alya Iman Dedah Punca Cuti Rehat Empat Bulan

    Shopee Sale



    Pelakon Alya Iman memberitahu kepada bahawa dia baru sahaja kembali aktif dalam bidang lakonan selepas cuti rehat selama empat bulan. Menurut Alya, dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sepanjang tempoh tersebut kerana sahabat baiknya meninggal dunia.

    Tak keluar rumah

    Alya yang ditemui di lokasi penggambaran ‘Susuk Bidadari’ arahan Faizal Nadxaman (Jai Ho) semalam, enggan mendedahkan punca kematian sahabat baiknya itu.

    Saya baru sahaja kehilangan B (nama panggilan) sahabat baik saya. Saya anggap dia macam kakak saya. Kami rapat dah lama. Apabila saya tahu dia sudah meninggal dunia, dunia seakan terhenti.

    Saya memang tak boleh nak buat apa-apa. Rasa down sangat.

    Tambah Alia, sepanjang tempoh tersebut dia hanya berkurung di dalam rumah dan tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa.

    Disoal mengenai momen terakhir bersama B, Alya dengan nada sebak menjawab sebelum kematian sahabatnya itu mereka sempat bergurau antara satu sama lain.

    Saya ingat lagi dia cakap dia nak pergi jauh sebelum keluar dari rumah. Dekat Twitter pun dia ada tulis pasal kematian. Masa itu saya fikir kelakar dan kami gelak. Pada masa yang sama saya rasa tak sedap hati. Tak sangka itu momen terakhir bersama dia.

    Keesokannya, saya dapat berita yang dia sudah tiada. Memang saya tak percaya dan menangis tanpa henti. Kering air mata saya masa itu.

    Berbicara lebih lanjut, Alya berkata, keadaannya pada masa ini semakin okey dan dia sudah mula bekerja seperti biasa.

    Alhamdulillah, sekarang dah okey walaupun sedih itu masih ada. Saya perlu cari jalan untuk bangkit. Jadi saya ambil tawaran berlakon filem Susuk Bidadari ini bagi memulakan karier semula. Lagipun ini merupakan filem pertama saya. Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi tawaran untuk menjayakan sebuah filem genre sebegini bersama pelakon yang hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Trisha Ooi dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

    MENARIK:  Raih 1 Billion Strim, Yuna Buktikan Penyanyi ‘Independent’ Mampu Berjaya – ‘ Saya Berkarya Kerana Minat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah