31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Along Berang Didakwa Penagih – ‘Perkara Ini Boleh Jejaskan Kerjaya Saya’

    Shopee Sale

    Pelawak dan pelakon, Along Cham kesal dengan tindakan isterinya, Afreena Suhaimi yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

    Artikel Berkaitan: Along Kemuka Tiga Punca Jatuh Taklik, Antaranya Afreena Hubungi Bekas Isteri

    Artikel Berkaitan: Afreena Nafi Curang, Tiada Masa Nak Jalin Hubungan Sulit

    Ujian air kencing

    Ketika ditemui , pelakon filem Seratus ini dilihat berang dengan tindakan isterinya, Afreena yang mendakwa dirinya sebagai ‘penagih dadah’ di Instagram Story (IGs).

    Ujarnya, hal ini merupakan sesuatu yang serius kerana boleh menjejaskan kerjayanya.

    Kalau nak cakap macam itu, boleh. Buat ujian air kencing. Kalau negatif, saya kencing dekat muka dia.

    Saya belum dituduh, saya belum disabit bersalah. Belum lagi ditentukan barang itu barang saya.

    Perkara ini beri kesan pada saya, klien-klien yang percaya pada saya.

    Along berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah, Sepang, pada Khamis.

    Dalam pada itu, Along berharap agar hal ini dapat diselesaikan segera.

    Kita nak dia (Afreena) setuju dengan perkara yang dia dah langgar. Kalau tak, memang akan jadi panjang.

    Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.

    MENARIK:  Wanita Kesal Mentua Minta Bagi Seorang Anak Pada Kakak Ipar Selepar Lahirkan Kembar Tiga – ‘Dia Cakap Kalau Bagi Tak Luak Pun’

    Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.

    Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.

    Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.

    Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

    Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama.

    The post Along Berang Didakwa Penagih – ‘Perkara Ini Boleh Jejaskan Kerjaya Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah