29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Dipuji Tak Kekok Tidur Rumah ‘Bik Tudung’

    Shopee Sale

    Sikap merendah diri yang dimilki usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dipuji selepas dia membuat keputusan untuk menginap di rumah pembantu rumah yang disapa ‘Bik Tudung’ di Indonesia.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Sebak ‘Bik Tudung’ Pulang Ke Indonesia

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Tersentuh, Lelaki Kayuh Basikal 10KM Ambil Zakat

    Asal orang susah

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata dia tidak berasa kekok ketika tidur di rumah ‘Bik Tudung’.

    Malah, Aliff berkata dia sudah terbiasa kerana pernah hidup susah sebelum mencipta nama sebagai usahawan berjaya.

    Sebenarnya, saya ni pun asal orang susah, asal daripada Felda Kechau.

    Sekarang ni mungkin saya senang tetapi asal usul saya hanyalah orang kampung. 

    Jadi saya memang ajar anak saya jadi orang biasa. 

    Saya tiada nak control tempat tinggal, dan pakaian. Mereka pakai apa yang mereka selesa. 

    Saya tidak pernah lupa asal usul saya. 

    Ingat pepatah, ‘siapa kita di masa depan adalah siapa kita sekarang’. 

    Saya tak rasa saya senang, saya sama sahaja seperti dulu. 

    Sementara itu, suami kepada usahawan, Datin Seri Shahida berkata dia memilih untuk memupuk sifat rajin kepada anak-anaknya di usia muda supaya mereka tahu kepayahan mencari rezeki.

    Walaupun anak saya pendiam, tapi memang paksa dia untuk berniaga, sebab saya tidak mahu nanti bila dia dah tua, dia tahu papa dia kaya dia rasa senang. 

    Hidup ni susah dan keras. 

    Walaupun saya nampak garang, tapi saya nak dia jadi anak yang hebat.

    Walaupun dia introvert, saya nak dia menjadi yakin dan semangat meskipun berada di negara orang. 

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ayah Tak Bagi Nyanyi Lagu Dia, Nak Saya Cari Identiti Sendiri’ – Ammar Haikal

    The post Aliff Syukri Dipuji Tak Kekok Tidur Rumah ‘Bik Tudung’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah