28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz Sudah Beri Kerjasama Pada Jawi Kes Khalwat Dengan Ruhainies – ‘Doakan Yang Baik, Kita Tunggu Tindakan Seterusnya’

    Shopee Sale



    Aliff Aziz

    Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan aktres Ruhainies segera selesai.

    Kes khalwat selesai

    Aliff Aziz

    Kata pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz, 33, dia sudah memberikan kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan sedang menunggu tindakan seterusnya.

    Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai.

    Saya sudah beri kerjasama dengan pihak Jawi, seterusnya kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang.

    Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    MENARIK:  Khairul Aming Kekalkan Menu Sedia Ada, Utamakan Kualiti Operasi Rembayung – ‘Menu Bermusim Diperkenalkan Berperingkat’

    Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah