30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz Rindu Anak-Anak – ‘Untuk Ayden & Ara, Tiada Satu Hari Pun Yang Daddy Tak Ingat Tentang Awak Berdua’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Kembali Menyanyi, Netizen Puji Suara Unik

    Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Padam Semua Gambar Lama Di IG? Mahu Tampil Dengan Versi Baharu – ‘Ini Adalah Kelahiran Semula Saya’

    Rindu anak-anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Berita Harian SG (@beritahariansg)

    Menerusi temu bual bersama Berita Harian Singapura, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz, 34, kelihatan sedih berikutan sudah lama tidak bertemu dengan anak-anaknya malah dia juga terlepas momen-momen bermakna.

    Saya sangat merindui Ayden dan Ara. Sebenarnya ada banyak fakta yang saya rasa tidak perlu untuk dihuraikan.

    Tapi kadang-kadang saya terfikir bagaimana reaksi mereka kalau saya diberi peluang untuk berjumpa?

    Mereka semakin membesar dan boleh memahami, namun apa persepsi mereka?

    Bagaimanapun, bekas juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu turut kecewa kerana segelintir pihak mendakwa dia tidak mempedulikan anak-anaknya.

    Secara jujurnya apa yang berlaku tahun lepas, terlalu banyak pendedahan dan banyak drama di dalam kehidupan di mana saya ingin berehat tapi pada waktu yang sama, pertalian antara saya dan anak-anak masih ada rasa.

    Sekarang saya tengok orang tulis itu, orang tulis ini..cakap itu, cakap ini. Nak cuba padam saya daripada keluarga dan anak-anak saya sendiri.

    Saya boleh bersikap positif dan okay sahaja, tetapi saya manusia biasa apabila melihat tomahan-tomahan ini.

    Saya tak pernah mengaku diri saya sempurna, mungkin perjalanan kehidupan saya ada macam-macam corak dan warna, saya teruskan perjalanan hidup.

    Cuma bila terbaca, sedikit sebanyak perasaan terasa.

    Ucapan untuk anak-anak

    Dalam masa yang sama, Aliff turut berharap agar dia dan anak-anak dapat bertemu suatu hari nanti selain mendoakan mereka supaya membesar menjadi insan yang baik.

    Kepada Ayden dan Ara, tiada satu hari pun yang daddy tak ingat tentang awak berdua.

    Walaupun saya tiada, tetapi saya melihat Ayden dan Ara membesar jadi anak-anak yang baik.

    Saya sangat rindukan awak berdua, meskipun saya tiada bersama kalian ketika ini. Daddy akan sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan juga Ara, supaya terus membesar dalam keadaan yang baik.

    Banyak yang saya mahu luahkan, mungkin bukan sekarang masanya. InsyaAllah, Allah akan beri jalan di mana suatu hari daddy dapat kongsikan sebanyak mana daddy rindukan awak berdua.

    Daddy berdoa, boleh berjumpa dengan Ayden dan Ara untuk sampaikan perasaan yang daddy simpan selama ini, insyAllah. I see you soon, amin.

    Imbas kembali, 2024 merupakan tahun yang kurang baik buat Aliff apabila dia ditangkap berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    MENARIK:  Adakah Kanak-Kanak Autistik Boleh Dikenal Pasti Melalui Ciri Fizikal & Wajah? Ini Penjelasan Dari Kajian

    Tidak hanya itu, mahligai perkahwinan Aliff bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah juga akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu.

    Sumber: Berita Harian Singapura

    The post Aliff Aziz Rindu Anak-Anak – ‘Untuk Ayden & Ara, Tiada Satu Hari Pun Yang Daddy Tak Ingat Tentang Awak Berdua’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah