26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alif Satar Mengajak Penonton Konsert untuk Solat Subuh Berjemaah

    Shopee Sale



    Kira-kira lebih 2,000 peminat yang hadir menonton Konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito selama hampir dua jam yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur, pada 7 Januari 2024.

    Sembilan lagu

    Penyanyi, pelakon dan juga pengacara terkenal, Alif Satar menggegarkan pentas dengan menghidangkan sebanyak sembilan buah lagu kesemuanya, diantaranya Akhiri Penantianku, Cukup Indah, Nona Jakarta, I Want You To Love Me, Sesungguhnya Aku, Jangan Nakal, Anugerah Terindah dan Lelaki Seperti Aku.

    Bukan itu saja, Alif turut menjemput kumpulan nasyid Raihan sebagai tetamu jemputan dan mendendangkan tiga buah lagu iaitu Puji-Pujian dan Syukur (medley), Iman Mutiara dan Sesungguhnya 2019.

    Persembahan Alif lebih menarik apabila diiringi dengan muzik latar anggota kumpulan The Locos iaitu Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram).

    Dalam konsert tersebut, bapa kepada tiga cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk ketika kemalangan yang berlaku pada 29 Disember lepas. 

    Alif bersyukur kemalangan hari itu tak teruk, kalau teruk tak dapat korang tengok persembahan Alif pada hari ini.

    Cari jodoh di masjid

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun itu tidak lupa untuk mengajak para peminat serta penonton lelaki untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

    MENARIK:  ‘Terus Menyanyi, Tetapi Di Majlis Tepat, Bukan Untuk Keseronokan’ – Ijam Medicine

    Alif turut menyatakan kepada para peminat wanita untuk mencari jodoh di yang menunaikan solat subuh di masjid.

    Kalau korang anak lelaki, bangun dan tunaikan solat subuh di masjid. Alif juga nak beritahu kepada wanita atau gadis yang masih ‘single’, sebenarnya paling baik cari jodoh dekat masjid.

    Jadi, Alif nak tanya, ‘boyfriend’ korang solat subuh di masjid tak? Kalau tak, ‘red flag’.

    Konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito turut menampilkan penyanyi Indonesia, Anggi Marito sebagai persembahan pembukaan di mana Anggi menyanyikan tujuh buah lagu termasuk lagu popularnya, Tak Segampang Itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah