30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alif Satar Kongsi Pengalaman Jumpa Pembuli Dalam Penjara, Titip Nasihat Untuk Anak Muda – ‘Orang Bod*h Je Fikir Kau Cool Bila Memukul’

    Shopee Sale



    Alif Satar

    Penyanyi, Alif Satar berkongsi pengalamannya ketika melawat sebuah penjara dan melihat keadaan penghuni sel.

    Pembuli dipenjara

    Alif Satar

    Alif berkata, ketika lawatannya itu dia mendengar banyak kisah yang menjadi punca penghuni sel dimasukkan dalam penjara termasuk mereka yang membuli sehingga menyebabkan kematian.

    Jelas penyanyi berusia 34 tahun itu, dia berasa bersimpati melihat keadaan banduan yang hidup serba serbi kekurangan sehingga terpaksa berkongsi tempat makan.

    Saya sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara, macam-macam jenayah yang dilakukan oleh mereka dan saya pernah duduk dengan individu yang membuli sehingga menyebabkan kematian.

    Ada satu kisah ketika bulan puasa, saya bertanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.

    Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, tiada kipas, tiada tilam. Nak buang air dekat hujung bilik. Sangat kasihan.

    Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.

    ‘Jangan tunjuk handal’

    Dalam pada itu, pelantun lagu Anugerah Terindah berharap golongan anak muda di luar sana supaya menjadikan perkongsiannya itu sebagai pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan membuli.

    MENARIK:  Datuk Red Dedah Mengaku Muflis Sejak 2019, Berhutang RM5 Juta – ‘Isteri Banyak Tidak Mengetahui Perkara Ini’

    Tegas Alif, gejala membuli bukan perkara yang sihat, sebaliknya mematuhi suruhan Nabi adalah panduan yang tepat untuk berjaya dunia dan akhirat.

    Kepada adik-adik yang rasa nak tunjuk hebat dalam sekolah, saya nak bagitahu tiada orang rasa apabila pukul orang lain itu hebat.

    Tahu tak apa yang ‘cool’? Yang ‘cool’ bila kita ikut apa yang disuruh oleh Nabi. Jaga mak ayah, bersungguh-sungguh kejar ilmu, tolong komuniti. Hisap rokok itu tidak ‘cool’.

    Orang bodoh je yang fikir kau ‘cool’ bila kau memukul orang lain. Sebelum nak buli orang lain dan jadi kematian, ingatlah bukan kau je rasa tapi orang di sekeliling akan terkena tempias. Pesan saya jangan tunjuk handal.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah